Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE O dikeluarkan 12 Jan

Keputusan peperiksaan GCE Peringkat O akan dikeluarkan pada Jumaat depan, 12 Januari.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE O dikeluarkan 12 Jan

Gambar fail para pelajar di Sekolah Menengah Mayflower menerima keputusan GCE Peringkat O mereka pada 2015. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 05 Jan 2018 11:34AM Dikemas Kini : 05 Jan 2018 04:59PM

SINGAPURA: Keputusan peperiksaan GCE Peringkat O akan dikeluarkan pada Jumaat depan, 12 Januari.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini (5 Jan), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) menyatakan para pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing pada 2.30 petang hari itu.

Para calon privet akan dimaklumkan tentang keputusan masing-masing menerusi pos. Keputusan mereka akan dihantar menerusi pos pada 12 Januari kepada alamat yang diberikan oleh para calon semasa tempoh pendaftaran, menurut MOE dan SEAB.

Para calon privet yang layak mendapat SingPass juga boleh menggunakan akaun mereka untuk mendapatkan keputusan secara online mulai 2.30 petang pada hari yang sama.

Para pelajar yang ingin memohon bagi Maktab Rendah, Institut Millenia, politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian menerusi Urusan Kemasukan Bersama (JAE).

Pendaftaran JAE dibuka dari 3.00 petang pada 12 Januari, hingga 4.00 petang pada 17 Januari. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan