Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE 'O': 85.2% pelajar lulus sekurang-kurangnya 5 subjek pada 2019, mengatasi rekod 2018

Sekitar 85.2 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima subjek dalam peperiksaan peringkat GCE 'O' pada 2019, mengatasi rekod pada 2018 iaitu 84.8 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE 'O': 85.2% pelajar lulus sekurang-kurangnya 5 subjek pada 2019, mengatasi rekod 2018

Gambar fail para pelajar menerima keputusan 'O' mereka.

Diterbitkan : 13 Jan 2020 03:44PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 03:47PM

SINGAPURA: Sekitar 85.2 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima subjek dalam peperiksaan peringkat GCE 'O' pada 2019, mengatasi rekod pada 2018 iaitu 84.8 peratus.

Daripada 24,409 calon yang menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu, 20,805 lulus sekurang-kurangnya lima subjek, berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) hari ini (13 Jan).

Jumlah pelajar yang lulus sekurang-kurangnya satu subjek dan tiga subjek hampir sama dengan tahun sebelumnya, iaitu 99.9 peratus (24,377 pelajar) dan 96.5 peratus (23,550 pelajar).

"Prestasi pelajar bagi kohort ini setanding dengan prestasi kohort 2018," menurut MOE dan SEAB.

Para pelajar boleh menggunakan keputusan peperiksaan GCE 'O' mereka untuk membuat permohonan bagi Institut Pendidikan Teknikal (ITE), maktab rendah, Institut Milennia dan politeknik menerusi Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE).

JAE dibuka mulai pukul 3.00 petang Isnin (13 Jan) hingga pukul 4.00 petang pada Jumaat (17 Jan).

Para pelajar yang memerlukan bimbingan berhubung pilihan laluan pendidikan dan langkah seterusnya boleh menghubungi guru mereka atau kaunselor pendidikan dan bimbingan kerjaya di sekolah masing-masing, menurut MOE dan SEAB.

Para pelajar juga boleh membuat janji temu dengan seorang kaunselor di Pusat ECG MOE di Grange Road hingga 24 Jan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan