Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE N dikeluarkan Isnin depan

Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'N' akan diumumkan pada Isnin depan (17 Dis), menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE N dikeluarkan Isnin depan

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 10 Dec 2018 12:00PM Dikemas Kini : 10 Dec 2018 12:02PM

SINGAPURA: Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'N' akan diumumkan pada Isnin depan (17 Dis), menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Para pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing dari jam 2.00 petang, umum kementerian itu dalam satu kenyataan bersama Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).

Para calon privet akan dimaklumkan tentang keputusan mereka melalui pos. Mereka yang mempunyai akaun SingPass juga boleh memperolehi keputusan mereka secara online melalui Sistem Pengumuman Keputusan Peperiksaan (iERRS) di laman SEAB dari jam 2.00 petang.

Para pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menyerahkan permohonan mereka secara online melalui portal ITE selepas mengambil keputusan mereka.

Borang permohonan juga akan disediakan di pusat-pusat khidmat pelanggan di setiap kolej ITE.

Para pelajar yang layak mengikuti Program Skim Pengambilan Masuk Secara Langsung ke Politeknik (DPP) akan menerima satu salinan Borang N dari sekolah menengah masing-masing, yang mempelawa mereka memohon bagi program tersebut.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan