Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE N dikeluarkan Isnin depan

Para pelajar yang mahu mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menyerahkan permohonan mereka online menerusi portal permohonan ITE sebaik saja menerima keputusan.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE N dikeluarkan Isnin depan

Gambar fail pelajar terima keputusan. (Gambar: MOE)

Diterbitkan : 11 Dec 2017 11:49AM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 11:52AM

SINGAPURA: Keputusan peperiksaan peringkat GCE N 2017 akan dikeluarkan Isnin depan (18 Dis).

Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Para calon sekolah boleh mengambil keputusan mereka daripada sekolah masing-masing dari pukul 2.00 petang pada hari itu, menurut MOE dalam satu kenyataan media.

Para calon privet pula akan dimaklumkan tentang keputusan mereka melalui pos.

Mereka yang mempunyai akaun SingPass boleh memperolehi keputusan secara online dari Sistem Pengumuman Keputusan Peperiksaan (iERRS) di laman Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura mulai pukul 2.00 petang, menurut MOE.

Para pelajar yang mahu mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh menyerahkan permohonan mereka online menerusi portal permohonan ITE sebaik saja menerima keputusan.

Borang-borang permohonan juga disediakan di Pusat Khidmat Pelanggan di ketiga-tiga Kolej ITE.

Menurut MOE, para pelajar yang layak mengikuti Program Skim Pengambilan Masuk Secara Langsung ke Politeknik (DPP) akan menerima salinan Borang N dari sekolah menengah masing-masing, yang mempelawa mereka memohon bagi program tersebut.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan