Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepuasan terhadap pengangkutan awam merosot tahun lalu; keselamatan MRT catat peningkatan paling ketara

Majlis Pengangkutan Awam (PTC) mengumumkan rasa puas hati orang ramai terhadap pengangkutan awam susut sedikit dari 99.4 peratus pada 2019 kepada 97.6 peratus pada 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Feb 2021 08:32PM Dikemas Kini : 02 Feb 2021 09:25PM

SINGAPURA: Majlis Pengangkutan Awam (PTC) mengumumkan rasa puas hati orang ramai terhadap pengangkutan awam susut sedikit dari 99.4 peratus pada 2019 kepada 97.6 peratus pada 2020.

Ini terutama bagi isu masa menunggu.

Bagi khidmat bas, tahap kepuasan bagi masa menunggu susut satu mata kepada 7 daripada 10 mata penuh.

Kekerapan khidmat bas berkurangan akibat jumlah penumpang yang lebih rendah semasa pandemik COVID-19.

Namun, tahap kepuasan orang ramai terhadap isu keselamatan khidmat MRT menyaksikan peningkatan terbesar iaitu 8.3 daripada 10 mata berbanding 7.7 mata yang dicatatkan pada 2019.

Menurut PTC, ini mungkin hasil kerahan kakitangan dan duta-duta pengangkutan awam bagi membantu para penumpang bagi memastikan keselamatan dan penjarakan selamat.

Tinjauan tersebut melibatkan 4,110 orang dan dijalankan antara awal Oktober hingga November tahun lalu.

Sumber : CNA/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan