Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keppel ikrar dana S$500,000 untuk Persatuan Cacat Anggota

Keppel Corporation mengikrarkan S$500,000 untuk badan amal Persatuan Cacat Anggota (SPD) bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2019 07:07PM Dikemas Kini : 03 Dec 2019 10:36PM

SINGAPURA: Keppel Corporation mengikrarkan S$500,000 untuk badan amal Persatuan Cacat Anggota (SPD) bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Sumbangan itu akan membantu SPD mengendalikan program-program bengkelnya, selain memastikan bengkel tersebut mengikut perkembangan semasa, relevan dan berdaya maju dalam jangka panjang.

Kerjasama antara Keppel dengan SPD itu dilancarkan Presiden Halimah Yacob hari ini (3 Nov).

Ia berlangsung sempena Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kerjasama tersebut bertujuan membantu golongan kurang upaya mempunyai peluang lebih baik bagi mendapatkan pekerjaan menerusi latihan kejuruan, terapi dan khidmat sokongan pekerjaan.

Selain itu, Keppel akan juga membantu meningkatkan program bengkel SPD dengan mendapatkan para sukarelawan menjalankan latihan kemahiran untuk golongan kurang upaya.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan