Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepalsuan Online: Strategi jangka panjang perkukuh keupayaan S'pura banteras penyebaran maklumat palsu

Dalam memperkukuh keupayaan Singapura dalam membanteras penyebaran maklumat palsu dalam talian, Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan menyarankan beberapa strategi bagi memupuk masyarakat yang tahu membezakan antara fakta dengan kepalsuan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dalam memperkukuh keupayaan Singapura dalam membanteras penyebaran maklumat palsu dalam talian, Jawatankuasa Pilihan mengenai Kepalsuan Online yang Disengajakan menyarankan beberapa strategi bagi memupuk masyarakat yang tahu membezakan antara fakta dengan kepalsuan.

Antara saranan yang dikemukakan termasuk menubuhkan sebuah kerjasama yang mengesahkan kesahihan sesebuah berita serta mempertingkatkan mutu kewartawanan dalam media aliran umum, alternatif dan juga online.

Jawatankuasa pilihan itu turut mencadangkan penubuhan sebuah rangka kerja nasional untuk mendidik orang ramai tentang penyebaran maklumat palsu.

Ini termasuk memperluaskan kurikulum di sekolah yang bukan sahaja dapat mengasah pemikiran kritikal para pelajar dalam menerima maklumat, tetapi juga mendedahkan mereka kepada tujuan di sebalik penyebaran kepalsuan serta peralatan dan teknik yang digunakan para pelaku.

Jawatankuasa itu juga menekankan peri pentingnya mengekalkan mutu kewartawanan yang tinggi dengan melengkapkan para wartawan dengan kemahiran untuk membuat laporan dengan tepat, lebih-lebih lagi dalam sekitaran berita digital yang lebih mencabar.

Syarikat-syarikat media juga disarankan supaya menubuhkan kerjasama dengan rakan-rakan media yang lain bagi membanteras berita palsu secara pantas dan berwibawa. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan