Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kepalsuan Online: MCCY setuju kepercayaan orang awam mudah terjejas

Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata terdapat "ruang untuk diperbaiki" dan bersetuju bahawa kepalsuan online yang disengajakan boleh dengan mudah menjejas kepercayaan orang awam di Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Sep 2018 07:10PM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 11:31PM

SINGAPURA: Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata terdapat "ruang untuk diperbaiki" dan bersetuju bahawa kepalsuan online yang disengajakan boleh dengan mudah menjejas kepercayaan orang awam di Singapura.

Demikian responsnya terhadap cadangan Jawatankuasa Pilihan untuk meninjau usaha bagi mengukuhkan kepercayaan antara rakyat dan pemerintah.

MCCY menyatakan ia akan terus meningkatkan usaha pelibatan rakyat.

Menurutnya, ia sudah meningkatkan latihan untuk para pegawai awam melibatkan diri lebih baik dengan rakyat.

Pada 2016 pula, ia menubuhkan sebuah dana pemula yang menyokong 16 projek pelibatan inovatif baru oleh pelbagai agensi.

MCCY menambah bahawa pemerintah komited untuk membina perkongsian lebih kukuh dengan rakyat tempatan. 

Sumber : CNA/SU/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan