Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenyataan WP tentang undang-undang penahanan hanya 'sandiwara tanpa isi' - K Shanmugam

Sesetengah kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) semasa perbahasan parlimen tentang pindaan ke atas Akta Undang-Undang Penjenayah (Peruntukan Sementara) (CLTPA) semalam (6 Feb) hanyalah "sandiwara semata-mata", kata Encik Shanmugam.

Anggaran Waktu Membaca:
Kenyataan WP tentang undang-undang penahanan hanya 'sandiwara tanpa isi' - K Shanmugam

Gambar fail: TODAY

Diterbitkan : 07 Feb 2018 11:04PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 11:07PM

SINGAPURA: Sesetengah kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) semasa perbahasan parlimen tentang pindaan ke atas Akta Undang-Undang Penjenayah (Peruntukan Sementara) (CLTPA) semalam (6 Feb) hanyalah "sandiwara semata-mata" untuk memperdayakan rakyat Singapura, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, K Shanmugam hari ini (7 Feb).

"Kesimpulan saya, selepas mendengar sebahagian daripada perbahasan itu: Sandiwara semata-mata untuk memperdaya," kata Encik Shanmugam dalam satu catatan Facebook.

WP bersuara menentang perubahan pada penggubalan undang-undang yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan dengan pengerusinya, Sylvia Lim, menyifatkan langkah untuk menetapkan ruang gejala jenayah itu sebagai "sebuah langkah untuk membuat Menteri (Ehwal Dalam Negeri) lebih berkuasa".

"Sebenarnya, kesannya adalah yang sebaliknya kerana kini ia menetapkan gejala apa yang diperuntukkan. Tiada alasan kukuh untuk mempercayai bahawa ia meningkatkan kuasa Menteri," kata Encik Shanmugam.

Beliau juga menarik perhatian bagaimana AP WP menegaskan bahawa "fasal muktamad" dalam pindaan itu akan menanggalkan kuasa semakan kehakiman.

CLTPA digunakan terhadap kes Dan Tan yang menipu dengan menetapkan keputusan perlawanan bola sepak. Pada tahun 2015, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membebaskannya dengan alasan ia tidak menerima kelenturan Akta berkenaan. Ia juga menyatakan bahawa kegiatan Tan tidak membawa risiko kepada keselamatan awam. Namun demikian, Tan ditangkap semula seminggu kemudian.

"Pindaan-pindaan itu tidak menanggalkan kuasa semakan kehakiman bagi kes Dan Tan. Kuasa semakan kehakiman berterusan," kata Encik Shanmugam. "Sesiapa sahaja yang benar-benar mengkaji kes Dan Tan dan memahami undang-undang akan akur (tentang perkara tersebut)."  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan