Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenyataan MSF/MOE dibocorkan: Pasangan suami isteri ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi

Polis menahan seorang wanita berusia 37 tahun dan seorang lelaki 38 tahun, kerana kesalahan berkaitan membocorkan maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kenyataan MSF/MOE dibocorkan: Pasangan suami isteri ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi

(Gambar hiasan)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 10:24PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 10:36PM

SINGAPURA: Polis menahan seorang wanita berusia 37 tahun dan seorang lelaki 38 tahun, kerana kesalahan berkaitan membocorkan maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Demikian menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini (5 Apr).

Pada Jumaat (3 April) kira-kira pukul 5.45 petang, Polis menerima laporan bahawa draf kenyataan media bersama oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Pendidikan (MOE) yang mengumumkan butir-butir mengenai pelaksanaan pembelajaran di rumah sepenuhnya oleh sekolah dan Institut Pengajian Tinggi, serta penutupan prasekolah dan pusat jagaan pelajar, dibocorkan kepada orang ramai sebelum ia dikeluarkan secara rasmi.

Siasatan awal mendedahkan bahawa wanita berkenaan, seorang kakitangan awam yang diberi kebenaran menerima kenyataan media itu, didakwa mengambil gambar kenyataan itu pada skrin komputernya dan berkongsi imej tersebut bersama suaminya melalui WhatsApp pada 3 April kira-kira pukul 9 pagi.

Suaminya, yang bukan penerima diberi kebenaran, kemudian berkongsi gambar tersebut bersama kawan-kawan beliau.

Imej itu tersebar secara terbuka sebelum kenyataan media rasmi dikeluarkan kepada media pada 3 April jam 4.30 petang.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Pemerintah memandang serius tentang mana-mana pendedahan dan perkongsian maklumat sulit, dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang berbuat demikian.

Kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Rahsia Rasmi boleh dihukum di bawah Seksyen 17 (2) Akta Rahsia Rasmi, yang membawa denda sehingga S$2,000 dan dipenjara sehingga dua tahun. Penerima maklumat yang tidak dibenarkan itu juga tidak harus mengedarkan maklumat rahsia yang diterima, kerana mereka juga mungkin bertanggungjawab di bawah Akta Rahsia Rasmi. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan