Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenderaan tanpa pemandu untuk sapu jalan raya akan diuji jelang 2020

Kenderaan tanpa pemandu bagi tujuan pembersihan jalan raya akan diuji di Singapura pada 2020. Demikian dedah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan media bersama pada Khamis (21 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan tanpa pemandu untuk sapu jalan raya akan diuji jelang 2020

Gambaran kenderaan pembersihan tanpa pemandu (Gambar: Enway)

Diterbitkan : 21 Mar 2019 04:28PM Dikemas Kini : 21 Mar 2019 04:32PM

SINGAPURA: Kenderaan tanpa pemandu bagi tujuan pembersihan jalan raya akan diuji di Singapura pada 2020. Demikian dedah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan media bersama pada Khamis (21 Mac).

Dua konsortium dipilih untuk melakukan rekaan, membangunkan dan menguji kenderaan, ekoran Permintaan Cadangan yang dikeluarkan pada Disember 2017.

Ujian akan dijalankan dalam dua tahap - pertama, setiap konsortium akan menguji ciri keselamatan kenderaan dalam litar di Pusat Ujian CETRAN AV.

Mereka hanya dibenarkan memulakan percubaan di jalan-jalan raya di tapak uji AV (kenderaan tanpa pemandu) yang diperuntukkan seperti one north, selepas lulus penilaian keselamatan yang ketat, tambah NEA dan MOT.

"Seorang pemandu keselamatan yang dilatih untuk mengambil kawalan segera dikehendaki berada dalam AESV (Kenderaan Perkhidmatan Alam Sekitar Tanpa Pemandu) sepanjang tempoh percubaan, sebagai sebahagian protokol operasi yang ketat," tambah pihak-pihak berkuasa itu.

Konsortium yang dipilih terdiri daripada pemain industri "berpengalaman dan terkenal" dari industri kenderaan tanpa pemandu dan industri perkhidmatan alam sekitar, menurut NEA dan MOT.

Konsortium pertama terdiri daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Enway, Veolia ES Singapore Industrial dan Wong Fong Engineering Works.

Konsortium kedua terdiri daripada ST Engineering Land Systems dan 800 Super Waste Management.

"Kejayaan ujian ini akan membuka jalan bagi kerahan perintis AESV untuk pembersihan jalan," menurut NEA dan MOT, sambil menambah butiran kerahan perintis itu akan diumumkan selepas 2020.

"Dengan memanfaatkan teknologi sedia ada yang digunakan pada kenderaan penyapu mekanikal, kami untuk memantau kemajuan dan status pembersihan jalan, projek-projek ini bertujuan menjadikan pembersihan jalan lebih automatik, dengan memacu industri robotik tempatan untuk membangunkan kepakaran dan pengalaman dalam menghasilkan penyelesaian robotik alam sekitar, yang kemudian boleh dikomersilkan dan mungkin dieksport, " kata Ketua Pegawai Eksekutif NEA Tan Meng Dui.

Kenderaan sedemikian juga berpotensi meningkatkan daya hasil, menurut Setiausaha Tetap Pengangkutan Loh Ngai Seng.

"Perlaksanaan AESV akan membolehkan kami mengoptimumkan penggunaan rangkaian jalan raya, sambil meningkatkan daya penghasilan operasi pembersihan jalan raya," katanya.

"Dengan kurangnya kebergantungan kepada tenaga manusia, kami berpotensi memindahkan aktiviti pembersihan jalan ke sebelah malam dan mengurangkan kesesakan pada siang hari."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan