Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenali kakitangan BERITAmediacorp, cuba bakat jadi penyampai sempena pelancaran WGS

Sepanjang tiga hari ini (25 hingga 27 Jan), para pengunjung ke Wisma Geylang Serai (WSG) berpeluang menyertai pelbagai kegiatan di astaka BERITAmediacorp selaku rakan media rasmi pelancaran WGS itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sepanjang tiga hari ini (25 hingga 27 Jan), para pengunjung ke Wisma Geylang Serai (WSG) berpeluang menyertai pelbagai kegiatan di astaka BERITAmediacorp selaku rakan media rasmi pelancaran WGS itu.

Sejak petang tadi (25 Jan), kakitangan BERITA sibuk melayani para pengunjung yang tertarik dengan aktiviti-aktviti yang dianjurkan.

Selain berpeluang mengenali dengan lebih dekat lagi kakitangan BERITA, ramai juga tidak mahu terlepas peluang untuk menguji bakat menjadi penyampai BERITA.

Ada pula yang ingin tahu dengan lebih lanjut kerja-kerja di sebalik tabir penerbitan berita televisyen serta rancangan-rancangan ehwal semasa Mediacorp.

Selain meraih pengalaman dan perspektif tentang operasi BERITA, para pengunjung juga membawa pulang cenderamata eksklusif BERITAmediacorp.

Suasana pesta dan karnival besar-besaran seperti itu, yang merupakan sebahagian daripada majlis pelancaran WGS akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong petang esok (26 Jan).

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan