Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenaikan kes COVID-19, skim pulih di rumah, Rang Undang-Undang FICA akan dibahas di Parlimen

Kedua-dua AP Pemerintah dan Pembangkang bertanya mengenai pelbagai langkah COVID-19 dan ini antara yang akan dibahaskan pada Isnin (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Kenaikan kes COVID-19, skim pulih di rumah, Rang Undang-Undang FICA akan dibahas di Parlimen

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 07:26PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 07:33PM

SINGAPURA: Kes COVID-19 yang meningkat Singapura dan bagaimana pihak berkuasa menguruskan keadaan itu akan dibahaskan apabila Parlimen bersidang pada Isnin (4 Okt).

Ramai Anggota Parlimen (AP) sudah menyerahkan pertanyaan-pertanyaan berkaitan dengan pandemik koronavirus, termasuk pelaksanaan skim pemulihan di rumah, suntikan perangsang dan pembelajaran di rumah untuk para pelajar.

AP Jessica Tan (PAP-East Coast) bertanya sama ada sistem jagaan kesihatan mempunyai "kapasiti mencukupi", dan sama ada langkah-langkah sekarang adalah berkesan dalam memastikan Singapura bersedia menangani COVID-19 sebagai endemik.

AP Wan Rizal (PAP-Jalan Besar) mengajukan soalan mengenai jumlah orang yang sudah selesai menjalani skim pemulihan di rumah tanpa menjejas anggota keluarga yang lain, sama ada terdapat tenaga kerja yang mencukupi untuk menyokong skim itu dan adakah pengagihan kit ujian pantas antigen (ART) tepat pada masanya dan mencukupi untuk keluarga yang pulih di rumah.

AP Sylvia Lim (WP-Aljunied) pula bertanya sama ada Pemerintah sedang menyemak pelaksanaan perintah kuarantin dan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) untuk memperbaiki komunikasi dengan keluarga yang terjejas.

Mengenai kit ART yang diberikan kepada setiap keluarga, AP Ang Wei Neng bertanya sama ada Pemerintah akan mempertimbangkan untuk menyediakan lebih banyak kit dan adakah ia akan bekerjasama dengan pihak pengedar untuk menurunkan harga runcit alat ujian tersebut.

AP Darryl David (PAP-Ang Mo Kio) meminta kemas kini mengenai tempoh pembelajaran di rumah untuk pelajar sekolah rendah baru-baru ini dan kesannya terhadap pembelajaran dan perkembangan mereka.

Antara isu lain yang dibangkitkan dalam agenda kali ini, AP Tin Pei Ling (PAP-MacPherson) bertanya sama ada terdapat peningkatan jumlah pembantu rumah hijrahan yang meminta untuk menukar majikan sebelum kontrak mereka berakhir.

Pindaan yang diusulkan oleh Parti Pekerja terhadap Rang Undang-Undang Campur Tangan Asing (Tindakan Balas) juga akan dibincangkan. Parti itu menyatakan ia tidak setuju dengan bentuk sedia ada Rang Undang-Undang itu, dengan menekankan ia perlu lebih jelas dan telus.

Beberapa Rang Undang-Undang akan dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan Republik Singapura.

Antara rang yang dijadual bagi bacaan kali kedua adalah Rang Undang-Undang (Pemansuhan)Hasutan dan Rang Undang Undang (Pindaan) Cukai Pendapatan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan