Images
  • mdm halimah istana
    Presiden Halimah Yacob (kanan) (Gambar: MCI)

Kemudi 'keadaan tidak menentu dan tidak stabil' dengan berhati-hati: Presiden Halimah

SINGAPURA: "Keadaan tidak menentu dan tidak stabil" yang perlu ditangani Singapura pada 2019 akan "semakin hebat" dan negara ini perlu mengemudinya dengan berhati-hati untuk penakatannya, menurut Presiden Halimah Yacob dalam pesanannya sempena Tahun Baru.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini (31 Dis), Presiden Halimah menambah: "Kita hanya boleh melakukan demikian jika kita kekal bersatu, bersepadu dan teguh."

Buat dirinya secara peribadi, Puan Halimah berkata 2018 merupakan "tahun yang amat sibuk dan memberinya kepuasan". Beliau juga merakamkan penghargaan kepada warga Singapura atas sifat pemurah mereka dalam menyokong pelbagai tujuan kebajikan, terutamanya golongan muda.


"Saya mendapat banyak inspirasi dan motivasi daripada ramai orang yang saya temui semasa lawatan-lawatan saya," kata Presiden Halimah yang turut menambah bahawa beliau akan terus berusaha mendekati dan mendampingi lebih ramai rakyat Singapura pada tahun akan datang.

Beliau juga mengundang warga Singapura untuk menyertai pelbagai acara yang dirancang sempena menyambut ulang tahun Istana yang ke-150.

- CNA/TQ/tq

Top