Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemudahan jagaan masyarakat pertama bagi pesakit warga emas COVID-19 mula operasi di Tampines

Kemudahan jagaan masyarakat yang pertama bagi para pesakit warga emas COVID-19 mula beroperasi hari ini (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kemudahan jagaan masyarakat pertama bagi pesakit warga emas COVID-19 mula operasi di Tampines

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 23 Sep 2021 05:53PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 05:55PM

SINGAPURA: Kemudahan jagaan masyarakat yang pertama bagi para pesakit warga emas COVID-19 mula beroperasi hari ini (23 Sep).

Kementerian Kesihatan (MOH) bekerjasama dengan Woodlands Health untuk membangunkan kemudahan yang menempatkan 250 buah katil itu dengan menggunakan semula Rumah Jagaan NTUC Health di Tampines.

Kemudahan jagaan masyarakat itu dibangunkan oleh MOH untuk menjaga para pesakit warga emas COVID-19 yang mengalami simptom sederhana dan lazimnya dalam keadaan sihat namun menghidap penyakit lain yang memerlukan pemantauan rapi.

"Kemudahan sedemikian akan dilengkapi dengan lebih banyak tenaga kerja perubatan dan jururawat serta alat pemantauan perubatan," menurut MOH dalam satu catatan Facebook hari ini.

"Ini akan mempertingkat keupayaan hospital kami dan membolehkan kami untuk memberi rawatan kepada para pesakit yang sakit teruk di hospital-hospital."

Para penghuni rumah jagaan itu dipindahkan ke cawangan Rumah Jagaan NTUC Health yang lain, menurut MOH pada Ahad lalu (19 Sep).

Singapura boleh menempatkan sekitar 1,000 katil unit jagaan rapi jika perlu, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Julai.

Ketujuh-tujuh kemudahan jagaan masyarakat di sini juga boleh menampung lebih 5,500 pesakit yang "sihat secara klinikal", atau mengalami simptom sederhana dan tidak memerlukan banyak rawatan perubatan, kata Encik Ong pada Ogos.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan