Kemudahan "5G Garage" asas bagi keupayaan 5G pada masa depan
Teknologi yang berfungsi pada kelajuan tinggi kini boleh diuji di kemudahan 5G pertama di Politeknik Singapura.
SINGAPURA: Teknologi yang berfungsi pada kelajuan tinggi kini boleh diuji di kemudahan 5G pertama di Politeknik Singapura.
Kemudahan "5G Garage" adalah kerjasama Politeknik Singapura dengan Singtel dan Ericsson, yang bertujuan meletakkan asas bagi keupayaan 5G pada masa depan.
Ia juga akan memastikan terdapat tenaga manusia berkemahiran untuk menyokongnya.
Sistem pengangkutan yang melibatkan kenderaan elektrik tanpa pemandu adalah antara inovasi Politeknik Singapura yang bakal merubah landskap pekerjaan, dengan bantuan internet.
Satu lagi contoh adalah dron-dron yang boleh berhubungan antara satu sama lain.
Ada beberapa perniagaan yang melahirkan minat untuk membawa projek-projek SP itu lebih jauh lagi.
Kemudahan baru 5G Garage itu membolehkan pihak syarikat dan para pelajar membangunkan huraian bersama, menggunakan rangkaian 5G Singtel.
Rangkaian 5G dijangka mula dilancarkan pada 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.