Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen tanam pokok tekankan pentingnya sebuah bandar hijau

Usaha menanam pokok sepanjang beberapa tahun ini membantu mengukuhkan reputasi Singapura sebagai sebuah 'Bandar Hijau'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Nov 2018 06:57PM Dikemas Kini : 04 Nov 2018 11:16PM

SINGAPURA: Usaha menanam pokok sepanjang beberapa tahun ini membantu mengukuhkan reputasi Singapura sebagai sebuah 'Bandar Hijau'.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Indranee Rajah, berkata ia juga mengingatkan generasi-generasi sekarang dan masa depan tentang pentingnya memelihara bumi yang hijau.

Semuanya bermula apabila Perdana Menteri pertama, mendiang Encik Lee Kuan Yew, menanam sebatang pokok di Farrer Circus pada 1963.

Dari situlah bermula satu kempen nasional untuk mengubah Singapura menjadi sebuah bandar menghijau, dengan menanam sekurang-kurangnya 10,000 anak pokok setahun.

Singapura kini meraikan Hari Menanam Pokok setiap tahun, lazimnya pada hari minggu pertama bulan November dan itu jugalah yang dilakukan para penduduk Tanjong Pagar siang tadi (4 Nov).

"Usaha menanam pokok terus berkesan dalam menjadikan rakyat Singapura memikirkan tentang alam sekitar," ujar Cik Indranee yang juga Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar.

"Ia sudah tertanam di dalam jiwa kita. Kita semua sudah biasa dengan penanaman pokok. Dan kini dengan perubahan iklim, ia membawa makna yang lebih penting," kata beliau lagi.

Bagaimanapun, usaha tidak tertumpu kepada menanam pokok-pokok baru semata-mata.

Malah, langkah-langkah juga diambil untuk memelihara pokok-pokok sedia ada sedang negara terus membangun.

Encik Lee menanam sebatang pokok kelapa di Tanjong Pagar hampir 30 tahun lalu. Namun memandangkan kawasan itu sedang menjalani kerja-kerja pembinaan sekarang, pihak berkuasa terpaksa mengalihkan pokok tersebut kurang 50 meter daripada tempat asal untuk menyelamatkannya.

Ini demi merintis jalan bagi pembinaan stesen MRT Cantonment yang dijangka siap menjelang 2025. 

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan