Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen 'Minum Air Putih', program makanan sihat antara usaha memerangi kencing manis

Program-program tentang resipi makanan lebih sihat dan menggalak orang ramai untuk minum lebih banyak air putih.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Apr 2018 08:22PM Dikemas Kini : 14 Apr 2018 10:31PM

SINGAPURA: Program-program tentang resipi makanan lebih sihat dan menggalak orang ramai untuk minum lebih banyak air putih.

Ia kini membentuk sebahagian daripada strategi Singapura untuk memerangi penyakit kencing manis.

Satu kempen 'minum air putih' diterajui rakyat sedang dirancang untuk menggalak orang ramai mengurangkan pengambilan minuman bergula.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada saranan yang dikemukakan oleh sebuah Juri Rakyat.

Satu laporan mengandungi 28 saranan diserahkan Januari lalu.

Separuh daripadanya sudah diberi pengesahan manakala 13 lagi sedang dipertimbangkan sementara satu saranan tentang penarafan gerai-gerai penjaja berdasarkan tahap khasiat makanan belum ditentukan.

Antara saranan-saranan yang sudah diberi pengesahan adalah mengajar orang ramai cara menyediakan makanan lebih sihat di rumah serta meningkatkan kemahiran para penjaga pesakit kencing manis.

"Saya sebagai seorang yang menjaga seorang pesakit di rumah - isteri saya menghidap penyakit kencing manis jenis 1. Saya rasa mustahak sekali untuk orang-orang lain yang menjaga untuk ada pengetahuan tentang kencing manis ini," kata anggota Juri Rakyat, Mohamad Riduan Ishak.

Satu lagi idea adalah memperkenalkan kempen kesedaran dan kelas untuk kanak-kanak tentang penyakit itu.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga menyatakan ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang relevan untuk mengajar cara-cara mencegah dan menguruskan penyakit kencing manis dalam kurikulum sedia ada.

Juri Rakyat terdiri daripada 76 sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Laporannya disiapkan menyusuli perbincangan selama tujuh minggu. 

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan