Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kempen #InspirasiSG dilancar untuk gali kisah-kisah inspirasi Melayu/Islam S'pura

Pasti sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat, kita pernah mengenali, membaca atau mendengar tentang seseorang yang menyuntik inspirasi dalam diri kita.

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen #InspirasiSG dilancar untuk gali kisah-kisah inspirasi Melayu/Islam S'pura

Gambar hiasan. (Gambar: MUIS/FB)

SINGAPURA: Pasti sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat, kita pernah mengenali, membaca atau mendengar tentang seseorang yang menyuntik inspirasi dalam diri kita.

Ini termasuklah mereka yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, namun berjaya bangkit dan mengubah haluan hidup ke arah lebih baik atau mereka yang tidak jemu menabur bakti dan berkhidmat untuk masyarakat walaupun ada komitmen sendiri.

(Gambar: Mendaki/Facebook)

Gambar hiasan. (Gambar: MENDAKI/FB)

Jika ada antara individu-individu seumpama itu yang anda jadikan sumber inspirasi, anda kini berpeluang untuk mengongsi kisah mereka kepada umum, agar lebih ramai dapat meraih manfaat atau pengajaran daripadanya.

Perkongsian itu juga bakal menjadi bukti bahawa masyarakat Melayu/Islam setempat sememangnya sebuah Masyarakat Gemilang, seperti yang disytiharkan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, dalam ucapannya di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri pada Jumaat (14 Jun).

Untuk menyampaikan visi itu kepada masyarakat umum, gerakan M³ - iaitu gabungan MUIS, MENDAKI dan MESRA, akan melancarkan kempen #InspirasiSG pada Isnin ini (17 Jun).

(Gambar: InspirasiSG)

(Gambar: InspirasiSG)

'HIDUP BERBAKTI, IKHLAS BERBUDI' BERTERAS '3K'

Sepanjang tempoh tiga minggu - dari 17 Jun hingga 7 Julai - orang ramai dipelawa mengirimkan kisah-kisah inspirasi daripada mana-mana anggota masyarakat Melayu/Islam setempat.

Bertemakan 'Hidup berbakti, ikhlas berbudi', kempen itu menunjukkan bahawa kejayaan sebenar sesebuah masyarakat terletak pada nilai-nilai yang dipegang dan berteraskan 3K - Keperibadian murni, Kemahiran dan Kewarganegaraan.

(Gambar: MUIS/FB)

Gambar hiasan. (Gambar: MUIS/FB)

Kempen itu juga menonjolkan masyarakat Melayu/Islam Singapura sebagai Masyarakat Gemilang yang progresif, namun masih mengekalkan tradisi dan identiti mereka. Tambahan lagi, mereka juga rajin mempertingkat diri di samping aktif memainkan peranan sebagai warga Singapura.

Untuk berkongsi kisah-kisah inspirasi itu, orang ramai boleh melakukannya menerusi beberapa wadah termasuk di laman Instagram @Maju Bersama M³ dan Facebook M³, emel dan di laman M³.

Sebagai penutup kempen itu, 10 kisah inspirasi terbaik akan dipilih dan pengirimnya berpeluang memenangi baucar bernilai $500 seorang.

Satu acara bagi meraikan kisah-kisah tersebut akan diadakan di Wisma Geylang Serai pada 21 Julai dan maklumat lanjut akan dikeluarkan kemudian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan