Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kementerian Luar beri amaran panggilan palsu gunakan nama MFA

Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengeluarkan nasihat kepada orang ramai pada Selasa (18 Jun) agar berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan panggilan telefon mencurigakan daripada individu yang mendakwa dirinya daripada kementerian tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Luar beri amaran panggilan palsu gunakan nama MFA

(Gambar: Facebook Kementerian Ehwal Luar)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 11:36PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:43PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengeluarkan nasihat kepada orang ramai pada Selasa (18 Jun) agar berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan panggilan telefon mencurigakan daripada individu yang mendakwa dirinya daripada kementerian tersebut.

Dalam satu catatan di Facebook pada Selasa, MFA menyatakan tiga orang awam membuat aduan menerima panggilan sedemikian dan diarahkan membuat pemindahan wang menerusi laman web tertentu.

Menurut kenyataan itu lagi, nombor yang dipaparkan di telefon penerima menunjukkan talian utama MFA - 6379 8000. Mangsa yang terlibat bagaimanapun tidak dapat ingat butiran laman tersebut.

MFA menegaskan bahawa panggilan-panggilan tersebut adalah satu penipuan. Pihak yang menipu boleh mengunakan kaedah teknologi 'spoofing' untuk menyembunyikan nombor telefon sebenar dan sebaliknya secara palsu menayangkan nombor telefon MFA.

MFA menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah berikut jika menerima panggilan yang tidak diingini:

  • Jangan kirimkan wang kepada pemanggil. Para pegawai MFA tidak akan membuat panggilan untuk meminta pemindahan dana.
  • Jangan beri butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan mahupun maklumat pasport, akaun bank atau butiran kad kredit kepada pihak yang mencurigakan atau tidak dikenali.
  • Jika anda menerima panggilan mencurigakan yang mendakwa diri dari MFA, tamatkan panggilan. Tunggu beberapa minit dan kemudian telefon MFA di 6379 8000 untuk mengesahkan kesahihan panggilan.

Jika anda mempunyai maklumat berkenaan penipuan sedemikian, hubungi talian hotline Polis di 1800-255 0000 atau laporkannya menerusi www.police.gov.sg/iwitness.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penipuan, orang awam boleh melungsuri scamalert.sg atau menelefon Hotline Antipenipuan di 1800-722-6688.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan