Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemboja dan S'pura kongsi banyak persamaan termasuk masyarakat Muslim minoriti - Masagos Zulkifli

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli berkongsi rasa gembiranya bertemu Menteri Kanan Kemboja yang bertanggungjawab bagi Misi Khas, Hal Ehwal Islam, Dr Othsman Hassan semasa lawatannya ke Singapura baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemboja dan S'pura kongsi banyak persamaan termasuk masyarakat Muslim minoriti - Masagos Zulkifli

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli berkongsi rasa gembiranya bertemu Menteri Kanan Kemboja yang bertanggungjawab bagi Misi Khas, Hal Ehwal Islam, Dr Othsman Hassan. (Gambar: Masagos Zulkifli/Facebook)

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli berkongsi rasa gembiranya bertemu Menteri Kanan Kemboja yang bertanggungjawab bagi Misi Khas, Hal Ehwal Islam, Dr Othsman Hassan semasa lawatannya ke Singapura baru-baru ini. Demikian menurut catatan Facebooknya hari ini (13 Jun).

Beliau berkongsi bahawa Kemboja dan Singapura kongsi banyak persamaan, termasuk mempunyai masyarakat minoriti Muslim, sekali gus terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pengalaman antara satu sama lain.

"Dr Othsman berada di Singapura untuk mengunjungi institusi keagamaan di sini dan meninjau operasi masing-masing, termasuk bagaimana Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mentadbirkan Haji, makanan Halal dan mengendalikan masjid-masjid," menurut Encik Masagos dalam catatan Facebooknya.

Beliau menambah bahawa beliau mempunyai perbincangan baik dengannya berkenaan isu-isu utama yang dihadapi masyarakat Muslim kami dan mengalu-alukan usaha bagi memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara.  

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan