Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian Sekolah Tinggi River Valley: Polis rampas kapak; suspek, mangsa tidak saling mengenali

Sebilah kapak dirampas sebagai bukti menyusuli kematian seorang pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Tinggi River Valley di tapak kampus itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jul 2021 06:27PM Dikemas Kini : 19 Jul 2021 11:24PM

SINGAPURA: Sebilah kapak dirampas sebagai bukti menyusuli kematian seorang pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Tinggi River Valley di tapak kampus itu.

Seorang pelajar Menengah 4 berusia 16 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam insiden itu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media hari ini (19 Jul).

Sekitar pukul 11.40 pagi Isnin, polis menerima satu panggilan meminta bantuan di 6 Boon Lay Avenue.

Apabila para pegawai tiba di tempat kejadian, seorang budak berusia 13 tahun ditemui terbujur kaku dengan beberapa kesan luka di sebuah tandas di lokasi itu. Pelajar Menengah 1 itu kemudian diisytiharkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik SCDF.

"Siasatan awal mendedahkan kedua-dua remaja lelaki itu tidak mengenali satu sama lain," menurut polis dalam kenyataannya yang dikeluarkan sekitar 5.20 petang. Ia menambah sebilah kapak dirampas sebagai bukti.

"Walaupun terdapat dapatan awal dan penangkapan remaja itu, polis masih meneruskan siasatannya mencari motif serangan itu."

Pelajar Menengah 4 berusia 16 tahun itu akan didakwa di mahkamah pada Selasa (20 Jul) atas kesalahan membunuh, dengan tujuan untuk meminta perintah mahkamah agar dia ditahan reman bagi penilaian psikiatri.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan dengan fakta lengkap dibentangkan di mahkamah, menurut polis.

"Sementara menanti prosiding mahkamah, polis ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat spekulasi mengenai kes itu sebagai menghormati keluarga si mati," menurut SPF.

Menurut seorang bapa yang ditemui Mediacorp menyusuli insiden itu, para pelajar sudahpun dimaklumkan tentang apa yang berlaku namun diarahkan supaya tidak mendedahkan sebarang butiran tentang kes tersebut.

Dalam satu catatan Facebook hari ini, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata Kementerian Pendidikan (MOE) sedang menghulurkan semua sokongan yang mungkin kepada keluarga-keluarga terjejas, para pelajar dan kakitangan sekolah itu.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan