Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian NSF SCDF: Dakwaan jenayah 'hampir pasti', menurut Shanmugam

Dakwaan jenayah "hampir pasti" dikenakan berhubung kes kematian seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2018 08:33PM Dikemas Kini : 17 May 2018 11:51PM

SINGAPURA: Dakwaan jenayah "hampir pasti" dikenakan berhubung kes kematian seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Demikian menurut Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal dalam Negeri K Shanmugam di Parlimen hari ini (17 Mei). Beliau menyatakan demikian sebagai memberi respon kepada pertanyaan Anggota Parlimen Christopher de Souza.

Kok Yuen Chin, 22 tahun ditemui mati di dasar sebuah telaga pam setelah memasukinya sebagai meraikan Tamat Tempoh Perkhidmatan NS atau ORD.

"Apa yang boleh saya katakan adalah kelakuan itu tidak boleh diterima. Ia secara jelas melanggar dengan serius peraturan dan tiada alasan untuk itu. Orang-orang bermain permainan, mereka bersenda, mereka membuat orang-orang seperti CPL Kok lakukan perkara-perkara yang merbahaya, malah memaksa mereka berada dalam situasi merbahaya.

"Dan orang-orang yang melakukannya tidak berfikir sesuatu buruk boleh berlaku. Apabila kesilapan berlaku, satu nyawa hilang. Hilang tanpa sebab," kata Encik Shanmugam.

Mendiang Kok disemadikan hari ini. Lebih 50 orang termasuk rakan-rakan seangkatan Korporal Kok hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Kerandanya dibawa ke Taman Peringatan Melaka diiringi konvoi 15 kereta sebelum dipindahkan ke bilik persemadian. 

Sumber : CNA/EM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan