Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian NSF SCDF: 1SWO Nazhan Mohamed Nazi berniat minta dibicarakan

Sekurang-kurangnya seorang daripada lima pegawai yang terlibat dalam kejadian 'ragging' yang menyebabkan kematian Kok Yuen Chin, seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF), pada Mei lalu berniat untuk menuntut kesnya dibicarakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian NSF SCDF: 1SWO Nazhan Mohamed Nazi berniat minta dibicarakan

Pegawai Waran Kanan Pertama Nazhan Mohamed Nazi, salah seorang daripada 5 pegawai yang didakwa. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 03 Sep 2018 01:17PM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 01:22PM

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya seorang daripada lima pegawai yang terlibat dalam kejadian 'ragging' yang menyebabkan kematian Kok Yuen Chin, seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF), pada Mei lalu berniat untuk menuntut kesnya dibicarakan.

Empat daripada lima pegawai itu - Pegawai Waran Pertama Mohamed Farid Mohd Saleh, Leftenan Chong Chee Boon Kenneth, Pegawai Waran Kanan Pertama Nazhan Mohamed Nazi dan Staf Sarjan Adighazali Suhaimi - kembali ke mahkamah hari ini (3 Sep).

Encik Singa Retnam, seorang peguam pembela untuk 1SWO Nazhan Mohamed Nazi memberitahu Mediacorp bahawa anak guamnya berniat untuk memohon dibicarakan.

Tiada seorang pun daripada tiga para pegawai itu menunjukkan sama ada mereka berhasrat untuk mengaku bersalah atau mohon dibicarakan, sementara sebahagian daripada mereka meminta melihat rakaman cctv.

1SWO Nazhan, 40 tahun, yang tertua daripada lima lelaki, didakwa pada bulan Julai kerana dituduh bersubahat bertindak terburu-buru sehingga menyebabkan kecederaan parah kerana gagal bertindak.

Beliau didakwa tidak menghentikan anggota pasukan dari memaksa Cpl Kok untuk memasuki sebuah perigi pam di balai bomba Tuas View, yang sedalam 12 meter.

Beliau juga dituduh sengaja membantu kumpulan itu untuk melakukan kesalahan yang menyebabkan kecederaan parah terhadap Cpl Kok.

Cpl Kok meninggal dunia pada 13 Mei selepas didapati tidak sedarkan diri dalam perigi pam di balai bomba tersebut.

Lelaki kelima - Staf Sarjan Muhammad Nur Fatwa Mahmood, 33 tahun - didakwa menolak Cpl Kok ke dalam perigi itu, mengakibatkannya lemas.

Beliau juga didakwa bersubahat dengan Staf Sarjan Adighazali untuk memadamkan rakaman video kejadian itu dari telefonnya.

Staf Sgt Nur Fatwa berniat mengaku bersalah pada 25 Sep dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak S$20,000.

1WO Farid dituduh menghasut Staff Sarjan Nur Fatwa dengan memberitahunya untuk menolak Cpl Kok ke dalam perigi, manakala Leftenan Chong menghadapi tuduhan-tuduhan yang sama seperti 1SWO Nazhan.

Kempat-empat lelaki itu akan kembali ke mahkamah bulan depan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan