Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian NSF Dave Lee: Kapten SAF lengah pemindahan meski ada simptom strok haba

Seorang pakar perubatan bebas merumuskan bahawa kelengahan dalam pemindahan anggota Perkhidmatan Negara, Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee, dua tahun lalu, mungkin menyumbang kepada kematiannya akibat strok haba dan kegagalan organ.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2021 08:24PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 08:54PM

SINGAPURA: Seorang pakar perubatan bebas merumuskan bahawa kelengahan dalam pemindahan anggota Perkhidmatan Negara, Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee, dua tahun lalu, mungkin menyumbang kepada kematiannya akibat strok haba dan kegagalan organ.

CFC Lee rebah selepas berbaris pantas sejauh 8 kilometer dan dipindahkan ke Pusat Perubatan Kem Bedok hanya 40 minit kemudian. Dia kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi di mana dia diletakkan di unit jagaan rapi selama lebih seminggu sebelum meninggal dunia akibat strok haba.

Mahkamah Koroner juga diberitahu hari ini (13 Jan) bahawa kapten penyelia yang terbabit melanggar beberapa protokol keselamatan.

Selepas 15 minit CFC Lee rebah, pegawai penyelia Kapten (CPT) Tan Baoshu melanggar garis panduan dengan mengarahkan kenderaan keselamatan agar meninggalkan lokasi.

CPT Tan juga menolak cadangan agar CFC Lee diberikan titisan intravena meskipun mendiang tidak berupaya menelan cecair dan menghela nafas yang dalam.

Menurut siasatan polis, CPT Tan menilai bahawa CFC Lee sekadar lelah dan bukannya mengalami kecederaan haba.

Pakar perubatan Dr Kenneth Heng dari Hospital Tan Tock Seng memberitahu mahkamah bahawa pertolongan kecemasan kepada CFC Lee di lokasi boleh dipertingkat.

Namun demikian polis mendapati tiada perbuatan khianat di sebalik kematian CFC Lee. CFC Lee meninggal dunia pada April 2018, beberapa minggu selepas kegiatan berbaris pantas itu.

CPT Tan sebelum ini didakwa di mahkamah pada 2018 atas kematian mangsa, dan dibebaskan daripada tuduhan kerana mengalami barah tahap empat pada ketika itu. Tertuduh meninggal dunia pada Februari lalu.

Enam askar lain didenda mahkamah tentera berhubung kejadian itu, September lalu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan