Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kematian Chin Swee Road: Pasangan didakwa bunuh anak 2 tahun pada 2014

Seorang lelaki dan wanita didakwa hari ini (17 Sep) membunuh anak perempuan mereka berusia 2 tahun. Mereka didakwa membunuh kanak-kanak itu di tingkat lapan sebuah flat di Blok 52 Chin Swee Road pada Mac 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
Kematian Chin Swee Road: Pasangan didakwa bunuh anak 2 tahun pada 2014

Blok 52 Chin Swee Road (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

SINGAPURA: Seorang lelaki dan wanita didakwa hari ini (17 Sep) membunuh anak perempuan mereka berusia 2 tahun.

Mereka didakwa membunuh kanak-kanak itu di tingkat lapan sebuah flat di Blok 52 Chin Swee Road pada Mac 2014.

Identiti lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 30 tahun itu tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Tinggalan jasad kanak-kanak itu hanya ditemui Selasa lalu.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman lagi seminggu untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Mereka ditahan reman sejak tahun 2018 atas kesalahan-kesalahan lain, termasuk kesalahan dadah.

Jika disabit kesalahan, pasangan itu boleh dijatuhi hukuman mati.

Sebutan kes seterusnya adalah pada 24 September ini.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan