Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemalangan di tempat kerja naik 6% pada separuh pertama 2019

Lebih ramai pekerja mengalami kecederaan di tempat kerja kerana tergelincir, tersandung atau terjatuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2019 08:02PM Dikemas Kini : 26 Aug 2019 11:31PM

SINGAPURA: Lebih ramai pekerja mengalami kecederaan di tempat kerja kerana tergelincir, tersandung atau terjatuh.

Perangkaan terkini Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan kenaikan 6 peratus jumlah kemalangan seperti itu dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Hampir 600 pemeriksaan dijalankan sepanjang dua bulan lalu dalam usaha untuk memperbaiki keadaan.

Di Hotel Regent Singapore, antara langkah-langkah bagi mengurangkan risiko kecederaan akibat tergelincir, tersandung mahupun terjatuh termasuklah menggunakan lantai dan tikar kalis jatuh serta kasut tapak getah.

Majlis Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja (WSH) berharap lebih banyak pihak dalam sektor hospitaliti akan menggunakan pendekatan sedemikian sebagai sebahagian daripada kempen terbarunya.

Pekerja di dapur hotel dan cawangan F&B paling mudah terdedah pada kecederaan dengan 80 peratus kejadian dilaporkan berlaku pada waktu sibuk.

Majlis WSH juga menganjurkan agar lebih banyak teknologi digunakan untuk mengurangkan bahaya dan kesilapan manusia. Ia mahu syarikat-syarikat membina budaya keselamatan di tempat kerja yang selamat dengan menggalak para pekerja supaya melaporkan sebarang keadaan yang tidak selamat.

Sebagai respons terhadap meningkatnya kecederaan akibat tergelincir, tersandung dan terjatuh, pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan di tempat-tempat kerja terutamanya di tapak binaan dan sektor perkhidmatan makanan pada Jun serta Julai.

Empat Perintah Berhenti Kerja dikeluarkan serta denda sehingga $164,000 dikenakan.  

Sumber : CNA/NU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan