Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemalangan di Elias Road: 2 remaja dibawa ke hospital

 Dua remaja lelaki dibawa ke hospital pada Jumaat (29 Nov) setelah terlibat dalam satu kemalangan di Elias Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan di Elias Road: 2 remaja dibawa ke hospital

Dua remaja lelaki dibawa ke hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan di Elias Road. (Gambar: Singapore roads accident.com/Facebook)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 04:27PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 04:30PM

SINGAPURA: Dua remaja lelaki dibawa ke hospital pada Jumaat (29 Nov) setelah terlibat dalam satu kemalangan di Elias Road.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal pada sekitar pukul 11.40 malam.

Kedua-dua remaja, berusia 18 tahun, sedang menunggang motosikal apabila mereka terlibat dalam kemalangan di persimpangan Pasir Ris Drive 1 dan Elias Road.

Kedua-duanya dibawa ke Hospital Besar Changi dalam keadaan sedar.

Satu petikan gambar berkenaan insiden itu tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta merah bersebelahan sebuah motosikal di persimpangan berkenaan dengan kedua-duanya remuk teruk.

Bahagian depan kereta itu musnah, manakala serpihan motosikal kelitahan di jalan raya.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan