Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemajuan besar dicapai dalam perjanjian ekstradisi ASEAN

Kemajuan besar sudah dicapai dalam rundingan bagi model perjanjian ekstradisi ASEAN.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Mar 2018 07:25PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 10:27PM

SINGAPURA: Kemajuan besar sudah dicapai dalam rundingan bagi model perjanjian ekstradisi ASEAN.

Demikian didedahkan Menteri Negara Kanan Undang-Undang Indranee Rajah dalam ucapannya di perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) hari ini (2 Mac).

"Buat masa ini, Singapura terlibat secara aktif dalam rundingan itu," kata beliau. "Seperti rakan-rakan ASEAN yang lain, (kami) berharap rundingan ini dapat dimuktamadkan secepat mungkin."

Cik Indranee berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim, yang menyifatkan suspek rompakan StanChart David Roach tidak dapat diekstradisi dari Thailand sebagai "sesuatu yang tidak dapat diterima".

Meskipun hingga kini ASEAN belum lagi mempunyai inisiatif bagi waran tangkap "yang sama-sama diiktiraf", Cik Indranee menarik perhatian kepada syarat-syarat ekstradisi khas yang dimeterai dengan Malaysia dan Brunei.

Beliau menambah, ini semua kerana negara-negara berkenaan mempunyai hubungan yang baik dengan Singapura selain mempunyai tradisi undang-undang yang serupa. Ini membolehkan penyerahan para pesalah kepada negara lain dilakukan secepatnya berdasarkan waran tangkap yang diiktiraf.

Tambahan lagi, Singapura sudah menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Indonesia, yang sejauh ini belum lagi mengesahkan perjanjian tersebut.

Dan di luar rantau, rangkaian ekstradisi Singapura yang sedia ada menjangkaui 43 bidang kuasa merata dunia, termasuk Amerika Syarikat.

"Kesemua anggota ASEAN, termasuk Singapura, merupakan anggota INTERPOL, yang menyediakan platform bagi kerjasama penguatkuasaan undang-undang antarabangsa," kata Cik Indranee.

Menurutnya lagi, Singapura komited untuk memudahkan kerjasama lebih besar sejajar dengan undang-undang negara dan kewajipan antarabangsa.

Namun, berhubung usaha untuk mengembangkan rangkaian ekstradisi itu, beliau menegaskan bahawa ia bukanlah setakat "perangkaan semata-mata".

Pertimbangan seperti sama ada syarat-syarat seperti itu bermanfaat bagi Singapura dan negara lain, dan sama ada "perbezaan" pada sistem-sistem dan prosedur perundangan dapat menjadi sesuatu yang rasional.

Selain itu, ekstradisi merupakan proses "yang memerlukan banyak sumber" yang berpotensi "membebankan agensi-agensi pemerintah dan sistem perundangan", kata beliau.

"Lebih penting lagi, perjanjian ekstradisi, tanpa perlindungan yang mencukupi, menimbulkan risiko kepada para penduduk Singapura, termasuk rakyat."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan