Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Kemajuan baik" dalam Inisiatif Ketersambungan Chongqing China-S'pura

China dan Singapura sudah menunjukkan "kemajuan yang baik" dalam projek ketiga antara pemerintah, iaitu Inisiatif Ketersambungan Chongqing.

Anggaran Waktu Membaca:
"Kemajuan baik" dalam Inisiatif Ketersambungan Chongqing China-S'pura

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing bersama Setiausaha Parti Chongqing Chen Min'er. (Gambar: MTI)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 07:28PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 07:30PM

SINGAPURA: China dan Singapura sudah menunjukkan "kemajuan yang baik" dalam projek ketiga antara pemerintah, iaitu Inisiatif Ketersambungan Chongqing.

Ini menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing hari ini (12 Apr).

Encik Chan sedang mengadakan lawatan ke China dari hari ini hingga lusa (14 Apr).

Pada hari pertama lawatannya, Encik Chan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Party Chongqing, Chen Min'er dan Datuk Bandar Tang Liangzhi.

Kedua-dua pihak mengesahkan "hubungan dua hala serta kerjasama ekonomi yang kukuh" di bawah Inisiatif Ketersambungan Chongqing, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura menerusi satu kenyataan media.

Encik Chan dan para pemimpin Chongqing juga membincangkan kemajuan empat sektor utama di bawah inisiatif tersebut, iaitu khidmat kewangan, pengangkutan udara, pengangkutan dan logistik serta ICT.

"Kami bersetuju bahawa Inisiatif Ketersambungan (Chongqing) China-Singapura (CCI) menunjukkan kemajuan yang baik dan menyedari potensi kukuh untuk memperdalam kerjasama kami bagi menggalak kemajuan Koridor Pengangkutan Selatan sebagai sebahagian daripada Inisiatif Jaluran Ekonomi Laluan Sutera, kata Encik Chan.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan delegasi perniagaan pimpinan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), yang terdiri daripada lebih 30 delegasi dari perusahaan kecil dan sederhana (SME) dari pelbagai sektor. Ini termasuk sektor pendidikan, kewangan dan khidmat kekaryawanan.

Delegasi tersebut bertujuan untuk memahami wawasan pasaran perniagaan di Chongqing dan meneroka peluang kerjasama dengan rakan-rakan niaga tempatan, tambah MCI.

"Saya berbesar hati, SME kita menunjukkan minat yang mendalam kepada CCI," kata Encik Chan.

"Pasaran China Barat sedang berkembang dan saya menggalak SME yang ingin meluaskan perusahaan mereka ke peringkat antarabangsa supaya meneroka peluang yang banyak di sini dan juga menjangkaui negara ini.

Encik Chan juga menghadiri majlis pembukaan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Singapura di China (SingCham) bab (chapter) Chongqing.

SingCham adalah pertubuhan bukan mencari untung yang ditubuhkan untuk menonjolkan kepentingan ekonomi Singapura di China dan meluaskan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Esok (13 Apr), Encik Chan akan mengadakan pertemuan dengan Gabenor Tang Renjian, disusuli dengan mesyuarat dengan Setiausaha Parti Sichuan Peng Qinghua pada Sabtu (14 Apr).

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan