Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelvin Wong Wee Siong dilantik CEO baru BCA

Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) akan mempunyai seorang ketua pegawai eksekutif baru tahun ini dengan pelantikan Encik Kelvin Wong Wee Siong.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelvin Wong Wee Siong dilantik CEO baru BCA

Encik Kelvin Wong Wee Siong (kiri) dan Encik Lim U Yang Hugh Reginald. (Gambar: MND)

Diterbitkan : 21 Jul 2020 08:45PM Dikemas Kini : 21 Jul 2020 08:46PM

SINGAPURA: Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) akan mempunyai seorang ketua pegawai eksekutif baru tahun ini dengan pelantikan Encik Kelvin Wong Wee Siong.

CEO sekarang, Encik Lim U Yang Hugh Reginald, akan mengundurkan diri pada November. BCA dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) mengumumkan demikian dalam satu kenyataan media bersama pada Selasa (21 Jul).

Encik Wong, yang kini Naib Presiden Eksekutif di Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura, akan dilantik sebagai CEO (Pengganti) BCA mulai 27 Jul hingga 1 Nov. Beliau kemudian akan menjadi CEO pada 2 Nov.

Sepanjang khidmatnya selaku CEO, Encik Lim memimpin BCA untuk "membangunkan peta perubahan industri binaan dan memacu usaha oleh rakan kongsi industri serta kesatuan bagi Gerakan BuildSG," menurut kenyataan itu.

Encik Lim juga menyelia pindaan undang-undang utama termasuk Akta Kawalan Bangunan pada awal tahun ini, yang bertujuan untuk memperkukuh rangka kerja kawalan peraturan bangunan dan meningkatkan akses dalam sekitaran binaan Singapura.

Ini termasuk melaksanakan rejim pemeriksaan permukaan baru, rangka kerja peraturan yang lebih baik untuk lif dan tangga bergerak, memperkenalkan peruntukan yang membolehkan Pemerintah mengesahkan Model Gaji Progresif bagi kakitangan tempatan dalam industri penyenggaraan lif serta peraturan untuk ciri-ciri akses asas buat bangunan lebih tua yang menjalani kerja-kerja penambahan dan perubahan.

Sebelum pelantikannya di BCA, Encik Lim, 55 tahun, adalah Timbalan Setiausaha (Masyarakat, Beliau dan Sukan) di Kementerian Budaya, Masyarakat dan Belia (MCCY). Beliau juga sebelum ini berkhidmat di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama lebih 25 tahun dan pernah bertugas di Kementerian Undang-undang.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan