Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keluarga wanita dalam keadaan tidak berdaya saman NUH, pakar bedah saraf

Keluarga seorang wanita yang menjadi tidak berdaya atau dinamakan 'keadaan vegetatif' setelah menjalani pembedahan otak menyaman Hospital Universiti Nasional

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga wanita dalam keadaan tidak berdaya saman NUH, pakar bedah saraf

Gambar fail NUH.

Diterbitkan : 17 Apr 2019 10:15PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 10:19PM

SINGAPURA: Keluarga seorang wanita yang menjadi tidak berdaya atau dinamakan 'keadaan vegetatif' setelah menjalani pembedahan otak menyaman Hospital Universiti Nasional dan ketua pakar bedah saraf hospital kerana didakwa melakukan kecuaian perubatan.

Mahkamah diberitahu pada Rabu (17 Apr), Cik Goh Guan Sin, yang kini berusia 64 tahun, pergi ke NUH pada 2014 untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan besar di bahagian belakang kepalanya yang mengakibatkan tekanan di bahagian batang otak atau 'brainstem'.

Cik Goh Guan Sin. (Gambar ihsan: keluarga Cik Goh)

Cik Goh Guan Sin. (Gambar ihsan: Keluarga Cik Goh)

Setelah Cik Goh menjalani pembedahan itu pada 2 Jun 2014, yang dilakukan oleh ketua pakar bedah saraf Dr Yeo Tseng Tsai, Cik Goh mengalami pendarahan di bahagian otak.

Sekumpulan pakar bedah saraf lebih berpengalaman mendapati bahawa pendarahan itu melibatkan batang, dan mengambil keputusan untuk tidak cuba mengeluarkan darah beku kerana menimbulkan risiko kematian yang tinggi.

Sebaliknya, para doktor itu yang diketuai Dr Yeo, memasukkan alat EVD bagi mengeluarkan cecair dalam bahagian otak Cik Goh. Ini dilakukan untuk mengurangkan tekanan dan menghentikan bengkak di bahagian otak.

Meskipun Cik Goh dapat diselamatkan dan ketumbuhan di bahagian belakang kepalanya berjaya dikeluarkan, beliau menjadi tidak terdaya selama lima tahun dan masih berada di NUH.

Pasukan peguam beliau, yang diketuai Abraham Vergis mendakwa Cik Goh "berada dalam keadaan vegetatif" sejak Jun 2014 "kerana doktor dan hospital gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap pesakit untuk menangani komplikasi selepas pembedahan dengan sewajarnya." 

Sumber : CNA/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan