Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelompok denggi risiko tinggi dikesan di Jurong West, Bedok

Kelompok denggi berisiko tinggi dikesan di Jurong West dan Bedok, menurut makluman yang dimuat naik ke laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kelompok denggi risiko tinggi dikesan di Jurong West, Bedok

Nyamuk aedes aegypti, yang membawa virus Zika dan denggi. (Gambar: AFP/Marwin Recinos)

Diterbitkan : 24 May 2018 05:37PM Dikemas Kini : 24 May 2018 05:39PM

SINGAPURA: Kelompok denggi berisiko tinggi dikesan di Jurong West dan Bedok, menurut makluman yang dimuat naik ke laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam (23 Mei).

Sebanyak 90 kes dilaporkan di Jurong West dengan 23 kes di Blok 950 Jurong West Street 91 dan 55 kes di kawasan Bedok North.

Awal bulan ini, tiga penduduk Jurong West meninggal dunia selepas dijangkiti denggi. Kelompok denggi di Jurong West Street 91 dan 92 adalah kelompok terbesar sejauh ini di Singapura buat tahun ini.

Menurut laman NEA, kawasan lain di Jurong West yang berisiko tinggi termasuk Blok 933, 934, 938, 939, 940, 941, 942, 943, 944, 945, 946, 947, 948, 949 dan 952 di Jurong West Street 91.

Blok 920, 925 dan 928 di Jurong West Street 92 turut terjejas. Terdapat satu kes yang dilaporkan di Blok 966 Jurong West Street 93 dan dua di Yunnan Crescent.

Di Bedok, jumlah kes tertinggi adalah di Blok 536 Bedok North Street 3 di mana 20 kes denggi dilaporkan.

Kes-kes lain di Bedok dikesan di Blok 549 di Bedok North Avenue 1 dan Blok 533, 534, 535, 537, 539, 540, 541, 556 dan 557 di Bedok North Street 3.

NEA sebelum ini sudahpun memberi amaran tentang bilangan nyamuk yang dijangka meningkat selaras dengan jumlah kes denggi menjelang ketibaan bulan-bulan lebih panas.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan