Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelompok Bukit Merah View bertambah 5 kes baru COVID-19, menjadi 70 keseluruhan

Lima jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat yang dilaporkan pada Sabtu (19 Jun) dikaitkan dengan kelompok Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View, menjadikan keseluruhan kelompok itu kepada 70 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelompok Bukit Merah View bertambah 5 kes baru COVID-19, menjadi 70 keseluruhan

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 10:55PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 10:57PM

SINGAPURA: Lima jangkitan baru COVID-19 dalam masyarakat yang dilaporkan pada Sabtu (19 Jun) dikaitkan dengan kelompok Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View, menjadikan keseluruhan kelompok itu kepada 70 kes.

Dua daripada lima kes itu sudah dikuarantin - seorang eksekutif teknikal di Politeknik Nanyang dan seorang kakitangan operasi di Paxxus.

Baki tiga kes adalah seorang pesara berusia 81 tahun, seorang pembantu rumah hijrahan dan pekerja pentadbiran di J Roger Preston.

KES LAIN

Terdapat lagi sembilan kes jangkitan dalam masyarakat, termasuk empat yang tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kes terdahulu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Kes tanpa kaitan itu termasuk seorang pembuat pastri di Bakery Point di 920 Tiong Bahru Road.

Lagi tiga kes yang tidak mempunyai kaitan terdiri daripada seorang suri rumah berusia 46 tahun, seorang pesara 86 tahun dan seorang pembantu rumah hijrahan.

Selain itu, terdapat tujuh kes import di mana kesemunya sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah atau diasingkan sebaik tiba di sini. Kesemua kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap yang baru pulang ke sini.

Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja hijrahan.

Secara keseluruhan, Singapura melaporkan 21 kes baru COVID-19 pada Sabtu.

Setakat Sabtu, Singapura melaporkan 62,403 kes COVID-19 secara keseluruhan dan 34 kematian akibat virus itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan