Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelompok baru dikenal pasti di 2 dormitori; 5 kes import disahkan

Singapura melaporkan 48 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Isnin (14 Sep), termasuk lima jangkitan yang dibawa masuk ke negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelompok baru dikenal pasti di 2 dormitori; 5 kes import disahkan

Jurong Penjuru Dormitory 1 (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 11:56PM Dikemas Kini : 15 Sep 2020 12:00AM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 48 kes baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Isnin (14 Sep), termasuk lima jangkitan yang dibawa masuk ke negara ini.

Ini menjadikan jumlah terkumpul di Singapura sebanyak 57,454.

47 daripada kes-kes baru itu tidak menunjukkan gejala dan dikesan menerusi saringan dan pengawasan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Empat daripada kes-kes import - seorang penduduk tetap Singapura, pemegang pas kerja, pemegang permit kerja dan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek - yang tiba dari India.

Pemegang pas lawatan jangka pendek itu adalah anak warga Singapura, jelas MOH.

Kes import yang kelima, seorang pemegang pas lawatan jangka pendek, adalah teknisyen yang tiba dari Amerika Syarikat pada 1 September atas urusan kerja.

Kelima-lima kes yang dibawa masuk ke negara ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di Singapura, tambah MOH.

Tiada kes baru dalam masyarakat dilaporkan pada Isnin.

Secara keseluruhannya, jumlah kes baru dalam masyarakat sudah merosot, dari purata dua kes sehari pada minggu sebelumnya, kepada purata satu kes sehari sepanjang minggu lalu.

MOH menambah jumlah kes dalam masyarakat yang tiada kaitan dengan kes-kes lalu turut merosot, dari purata dua kes sehari pada minggu sebelumnya, bertukar menjadi purata satu kes sehari pada minggu lalu.

2 KELOMPOK BARU DIKESAN

Dalam kalangan 43 kes yang tinggal di dormitori pekerja asing, 29 sudahpun dikuarantin setelah mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes lalu.

Baki 14 kes dikesan melalui ujian pengawasan, seperti melalui ujian rutin berjadual setiap dua minggu oleh MOH bagi para pekerja yang tinggal di dormitori.

Dua kelompok baru dikenal pasti - di Jurong Penjuru Dormitory 1 dan Jurong Penjuru Dormitory 2.

Lagi 31 kes dikaitkan dengan kelompok di Avery Lodge Dormitory, yang melaporkan 100 kes yang disahkan.

Dalam kemas kini hariannya, MOH turut mendedahkan bahawa lagi 38 kes sudah dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah pesakit di Singapura yang pulih sepenuhnya seramai 56,802.

Terdapat 53 kes yang masih berada di hospital, dengan kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Lagi 572 diasingkan dan dijaga di kemudahan-kemudahan masyarakat.

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

Beberapa lokasi baru dimasukkan ke dalam senarai tempat yang dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh berjangkit.

Tempat-tempat tersebut termasuk restoran seperti Shake Shack di Liat Towers, Han's di Waterway Point dan 4Fingers Crispy Chicken di Lapangan Terbang Changi. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan