Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelibat dron di Lapangan Terbang Changi paksa landasan ditutup; jejas hampir 40 penerbangan

Hampir 40 penerbangan terjejas setelah dron-dron ditemui berterbangan di kawasan Lapangan Terbang Changi, memaksa penutupan sebuah landasan pesawat. Dron-dron itu ditemui pada 18 dan 19 Jun, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS). 

Anggaran Waktu Membaca:
Kelibat dron di Lapangan Terbang Changi paksa landasan ditutup; jejas hampir 40 penerbangan

(Gambar hiasan: Roslan Rahman/ AFP)

Diterbitkan : 19 Jun 2019 09:37PM Dikemas Kini : 19 Jun 2019 09:39PM

SINGAPURA: Hampir 40 penerbangan terjejas setelah dron-dron ditemui berterbangan di kawasan Lapangan Terbang Changi, memaksa penutupan sebuah landasan pesawat.

Dron-dron itu ditemui pada 18 dan 19 Jun, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Berikut adalah respons penuh pihak berkuasa itu kepada pertanyaan-pertanyaan media:

"Sebagai respons kepada pertanyaan-pertanyaan media, memang ada kelibat dron-dron yang terbang di kawasan Lapangan Terbang Changi tanpa kebenaran pada 18 dan 19 Jun 2019.

"Bagi memastikan keselamatan operasi pesawat dan penumpang, operasi satu landasan digantung untuk jangka masa yang singkat antara 11.00 malam pada 18 Jun hingga 9.00 pagi pada 19 Jun. Lapangan Terbang Changi terus beroperasi daripada satu landasan sementara satu lagi landasan digantung.

"Satu pasukan berbilang agensi termasuk CAAS, Changi Airport Group, Angkatan Tentera Singapura (SAF) serta Pasukan Polis Singapura (SPF) dikerahkan untuk operasi mencari dan menjejaki (dron-dron itu). Siasatan sedang dijalankan.

"Pihak-pihak berkuasa mengambil pandangan serius terhadap operasi tidak sah bagi pesawat tanpa pemandu yang boleh menimbulkan ancaman terhadap penerbangan atau membahayakan keselamatan peribadi orang lain dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang melanggar peraturan. Pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi S$20,000, hukuman penjara sehingga 12 bulan atau kedua-dua." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan