Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelengahan sehingga 40 minit dalam perjalanan di Laluan Utara-Selatan

Para penumpang dinasihati supaya menggunakan laluan kereta api alternatif selepas SMRT mengumumkan bahawa mereka dijangka memerlukan tambahan masa perjalanan sebanyak 40 minit bagi Laluan Utara Selatan (NSL) pada waktu sibuk sebelah petang tadi (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Kelengahan sehingga 40 minit dalam perjalanan di Laluan Utara-Selatan

Gambar: Jeremy Long

Diterbitkan : 15 Nov 2017 09:47PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 09:53PM

SINGAPURA: Para penumpang dinasihati supaya menggunakan laluan kereta api alternatif selepas SMRT mengumumkan bahawa mereka dijangka memerlukan tambahan masa perjalanan sebanyak 40 minit bagi Laluan Utara Selatan (NSL) pada waktu sibuk sebelah petang tadi (15 Nov).

Pengumuman itu dibuat selepas kelengahan pada Laluan Circle dan Laluan Timur Barat pagi tadi, termasuk satu insiden perlanggaran kereta api. Kedua-dua laluan dikendalikan SMRT.

Pengendali kereta api pertama kalinya melakukan pengumuman di Twitter pada 5.05 petang bahawa para penumpang boleh menjangkakan masa perjalanan yang lebih panjang. Ini kerana jumlah kereta api yang berkurangan berkhidmat di NSL. Ia turut menyatakan bahawa khidmat bas percuma disediakan dari Bishan ke Yishun.

Pada 5.45 petang pula, ia mengumumkan masa tambahan pada waktu perjalanan selama 25 minit.

Sekitar 6.30 petang, ia menyatakan masa tambahan sehingga 40 minit pula.

Seorang pembaca Mediacorp mengatakan beliau mengambil masa selama 30 minit untuk membuat perjalanan dari Newton ke Bishan. Biasanya, perjalanan itu mengambil masa kurang 10 minit. Beliau turut menambah bahawa semasa di stesen MRT Newton, pintu kereta api tidak tutup selama lebih daripada lima minit.  

Sumber : CNA/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan