Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keldai wang bantu salur dana S$730,000 kepada kekasih online; dijel 43 bulan

Seorang keldai wang dihukum penjara selama tiga tahun dan tujuh bulan atas pelibatannya dalam kesalahan-kesalahan mengubah wang haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Keldai wang bantu salur dana S$730,000 kepada kekasih online; dijel 43 bulan

Gambar hiasan seorang pengguna keluarkan wang dolar Singapura dari mesin ATM (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 11:40AM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 11:43AM

SINGAPURA: Seorang keldai wang dihukum penjara selama tiga tahun dan tujuh bulan atas pelibatannya dalam kesalahan-kesalahan mengubah wang haram.

Menurut kenyataan polis pada Rabu (7 Apr), wanita berkenaan didapati bersalah atas dua tuduhan memiliki hasil jenayah dan satu tuduhan memindahkan hasil jenayah di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Faedah).

Wanita itu menerima dan memindahkan wang atas arahan kekasih onlinenya yang dikenali dengan nama samaran "Kevin Foster".

Bagi memudahkan pemindahan dana itu, wanita tersebut membuka akaun-akaun dengan lima bank berasingan: OCBC, Standard Chartered, Maybank, CIMB dan UOB atas arahan Kevin Foster dan mengirimkan kad ATM akaun Maybank dan CIMB kepada alamat di Malaysia yang disediakan.

Antara Disember 2015 hingga Januari 2017, keldai wang tersebut menerima lebih S$730,000 berupa hasil kegiatan jenayah menerusi akaun-akaunnya.

Dia kemudian berurusan dengan wang itu menerusi pelbagai kaedah, termasuk membuat pemindahan ke akaun-akaun bank yang ditetapkan Kevin Foster, menghulurkan wang itu kepada rakan-rakan Foster, atau menggunakan khidmat pengiriman wang seperti Western Union atau Moneygram untuk menyalurkan dana kepada penerima yang ditetapkan.

Meskipun tertuduh mengaku berasa curiga pada 2014 apabila disoal oleh pihak bank tentang pemindahan wang tersebut, dia tetap berbuat demikian untuk membantu kekasih onlinenya, menurut polis.

Sumber : BERITA Mediacorp/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan