Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelayakan Skim Ihsan Senja, CDA antara keprihatinan dialog

Keprihatinan tentang kelayakan untuk Skim Ihsan Senja, persoalan tentang geran untuk syarikat kecil dan sederhana (SME) dan keberkesanan Akaun Pembangunan Anak (CDA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Apr 2016 08:58PM Dikemas Kini : 05 Apr 2016 11:08PM

SINGAPURA: Keprihatinan tentang kelayakan untuk Skim Ihsan Senja, persoalan tentang geran untuk syarikat kecil dan sederhana (SME) dan keberkesanan Akaun Pembangunan Anak (CDA).

Isu-isu itu menjadi antara tajuk utama dalam sesi perbincangan dialog pasca belanjawan anjuran MESRA semalam (4 Apr) yang dihadiri 150 pemimpin akar umbi dan badan-badan Melayu/Islam.

Selama dua jam, Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat menjawab keprihatinan para peserta yang terdiri daripada anggota akar umbi merata Singapura dan badan-badan Melayu/Islam termasuk MENDAKI, MUIS dan Jamiyah.

Rata-rata mereka melahirkan kebimbangan tentang sejauh mana pakej bantuan belanjawan tahun ini dapat menangani cabaran ekonomi yang tidak menentu.

Seorang peserta, Norizam Baharon dari MAEC Kelab Masyarakat Eunos berkata: "Saya yakin seperti belanjawan tahun lepas, pemerintah tidak pernah mengetepikan belia dalam belanjawan setiap tahun.

"Yang paling menarik adalah pembangunan OBS. Itu adalah satu cara untuk kita menunjukkan pemerintah yakin dalam potensi belia kita di Singapura, kita dapat memberi belia yang suka akan sukan untuk mengembangkan bakat mereka."

Yang nyata, perbincangan itu menunjukkan masyarakat Melayu/Islam dari semua peringkat usia mahu bekerjasama untuk membina masa depan menuju SG100.

Encik Saktiandi, yang juga Ahli Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan berkata: "Kita melihat perbincangan dari semua sudut golongan - muda, dewasa, senja.

"Saya rasa amat baik perbincangan daripada ketiga-tiga peringkat usia ini dijadikan sebagai satu semangat baru untuk masyarakat kita, bahawa idea-idea daripada golongan-golongan yang umurnya berbeza dapat memberi pandangan mereka dalam satu sesi seperti ini."

Walau bagaimanapun, para peserta sesi dialog tersebut percaya bahawa beberapa pakej Belanjawan perlu diperhalusi, termasuk geran CDA dilanjutkan kepada ibu tunggal, dan geran bagi SME dipermudahkan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan