Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelab SAFRA baru bakal dibuka pada 2022

Lebih 900,000 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di bahagian barat laut Singapura boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan beriadah apabila kelab SAFRA yang baru dibuka pada tahun 2022 di Taman Choa Chu Kang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab SAFRA baru bakal dibuka pada 2022

Kelab SAFRA di Taman Choa Chu Kang akan dilengkapi dengan kemudahan rekreasi serta prasekolah. (Gambar: SAFRA/Facebook)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 08:48PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 11:31PM

SINGAPURA: Lebih 900,000 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di bahagian barat laut Singapura boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan beriadah apabila kelab SAFRA yang baru dibuka pada tahun 2022 di Taman Choa Chu Kang.

Bertemakan "Fitness Oasis", kelab setinggi lima tingkat itu juga akan menempatkan sebuah gelanggang futsal, gimnasium EnergyOne serta ruang bagi seni mempertahankan diri dan studio kecergasan.

Sebuah amfiteater terbuka juga boleh digunakan untuk kegiatan-kegiatan seperti senaman beramai-ramai.

Kemudahan rekreasi dan permainan lain yang disediakan di kelab itu termasuk pusat bowling dan spa.

Ia juga akan menempatkan sebuah prasekolah dan taman permainan tertutup untuk para anggota kerahan dengan anak-anak kecil. 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan