Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kekalkan momentum 2017 cabaran utama majikan, pekerja, kesatuan, kata Josephine Teo

Pada tahun 2017, pertumbuhan daya penghasilan menjangkaui pertumbuhan tenaga kerja buat tahun kedua berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Apr 2018 08:16AM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 09:57PM

SINGAPURA: Pada tahun 2017, pertumbuhan daya penghasilan menjangkaui pertumbuhan tenaga kerja buat tahun kedua berturut-turut.

Jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, pendapatan median para penduduk tumbuh pada rentak yang lebih pesat.

Jumlah pemberhentian kerja juga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Dalam ucapan sulungnya sebagai bakal Menteri Tenaga Kerja sempena Hari Buruh lusa (1 Mei), Cik Josephine Teo berkata cabaran utama bagi rakan-rakan perikatan tiga pihak adalah untuk mengekalkan momentum tersebut.

Perniagaan dan pekerjaan akan terus berdepan dengan gangguan teknologi manakala para pekerja perlu sentiasa mengikuti perubahan-perubahan terkini kemahiran yang diperlukan dalam industri.

Dalam sekitaran sedemikian, Cik Teo menekankan bahawa matlamat yang dikongsi rakan-rakan perikatan tiga pihak mesti memanfaatkan dua pihak - untuk membantu setiap perniagaan melakukan perubahan sekaligus membantu pekerja menyesuaikan diri.

Beliau menambah bahawa kementeriannya akan melengkapkan usaha yang dijalankan oleh agensi-agensi ekonomi, untuk melaksanakan perancangan perubahan industri mereka, dari dua aspek.

Ia akan mempertingkat sokongan untuk perusahaan-perusahaan menerusi pelbagai skim serta mempergiat usaha bagi memastikan rakyat Singapura mempunyai pekerjaan lebih baik.

Cik Teo menambah tumpuan utama tahun ini adalah untuk mengadakan program-program yang membantu rakyat Singapura mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor yang semakin memerlukan tenaga manusia.

Sementara itu, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) menyatakan para majikan, pekerja dan kesatuan mesti bekerjasama sedang syarikat-syarikat mendakapi model baru perniagaan serta pendigitalan.

Presiden SNEF, Dr Robert Yap berkata para majikan mesti bersedia memikirkan cara-cara baru untuk memaksimumkan daya penghasilan tanpa memerlukan terlalu banyak tenaga manusia.

Para majikan juga mesti mewujudkan dasar-dasar Sumber Manusia yang fleksibel dan inklusif bagi membolehkan pekerja mereka memenuhi tanggungjawab kerja dan keluarga.

Dr Yap turut berkata para majikan perlu bekerjasama dengan pekerja dan kesatuan untuk memanfaatkan teknologi-teknologi baru dan canggih.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan