Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keharmonian kaum dan agama harus sentiasa diperbaharui: Edwin Tong

Keharmonian kaum dan agama yang dicapai Singapura sejak berdekad-dekad lalu mesti sentiasa diperbaharui, terutamanya dengan timbulnya cabaran-cabaran baru seperti daripada penggunaan media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jul 2021 06:32PM Dikemas Kini : 04 Jul 2021 12:36AM

SINGAPURA: Keharmonian kaum dan agama yang dicapai Singapura sejak berdekad-dekad lalu mesti sentiasa diperbaharui, terutamanya dengan timbulnya cabaran-cabaran baru seperti daripada penggunaan media sosial.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Edwin Tong berkata perkara itu penting lebih-lebih lagi selepas berlaku beberapa kejadian bersifat perkauman baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada Sabtu (3 Jul) semasa bercakap di satu sesi pendampingan secara maya melibatkan 90 belia bagi merasmikan Bulan Belia.

"Melangkah ke depan, satu keutamaan penting (yang perlu ditanya) apakah pegangan sebenar Singapura dan apakah maksudnya. Saya rasa ia bermaksud bersikap inklusif, menerima kepelbagaian," kata Encik Tong.

"Kita sebelum ini menggunakan istilah toleransi agama dan kaum; saya mahu kita maju ke hadapan dan menggunakan istilah 'penerimaan'," ujarnya. 

Sumber : CNA/AY/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan