Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kehadiran AS di Asia penting demi keamanan, kemakmuran rantau ini, kata Heng Swee Keat

Menteri Kewangan Heng Swee Keat menekankan pentingnya pelibatan Amerika yang berterusan di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kehadiran AS di Asia penting demi keamanan, kemakmuran rantau ini, kata Heng Swee Keat

Menteri Kewangan Heng Swee Keat. (Gambar: Olivia Siong)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 05:12PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 05:14PM

WASHINGTON: Menteri Kewangan Heng Swee Keat menekankan pentingnya pelibatan Amerika yang berterusan di Asia.

Berucap di mesyuarat Brookings Institution di Washington, Encik Heng menarik perhatian tentang peranan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dan China bagi memastikan keamanan dan keselamatan dunia.

Dalam ucapannya, Encik Heng berkata, kehadiran Amerika Syarikat di Asia semakin penting sedang Asia muncul bagi menerajui infrastruktur, permintaan untuk makanan, jagaan kesihatan dan pelancongan.

Pertumbuhan Asia, kata beliau, akan menyediakan peluang bagi syarikat-syarikat Amerika untuk berkembang dalam pasaran baru serta meneroka peluang pelaburan baru Asia.

"Banyak perniagaan Amerika telah bertapak lama di rantau ini dan mempunyai kepentingan penting dalam pasaran-pasaran Asia yang berkembang.

"Operasi perniagaan mereka di Asia membuat sumbangan besar kepada ekonomi Amerika bukan sahaja dari segi peluang perniagaan tetapi juga dalam mewujudkan pekerjaan-pekerjaan baik bagi rakyat Amerika sendiri," kata Encik Heng.

Mejangkaui Asia, Encik Heng berkata, dua kuasa dunia iaitu China dan Amerika memainkan peranan bagi memastikan keamanan dan keselamatan sejagat.

Beliau menambah, oleh kerana dunia saling berkait rapat, akan terdapat peluang-peluang baru untuk negara-negara dunia meluaskan kerjasama bagi mencari huraian bersama di samping menghasilkan nilai-nilai baru.

Encik Heng menggesa Amerika dan China supaya tampil bersama menghuraikan cabaran-cabaran dunia.

Amerika, menurut beliau, akan meraih faedah daripada peranan kepimpinan yang berterusan serta menangani cabaran-cabaran dunia yang saling berkait demi kekemakmuran semua negara. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan