Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kegiatan 'walking football' tingkat kesihatan di kalangan kaum Hawa

Kegiatan sukan "walking football" iaitu variasi bola sepak yang lebih santai nampaknya semakin digemari ramai khususnya kaum hawa.   

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kegiatan sukan "walking football" iaitu variasi bola sepak yang lebih santai nampaknya semakin digemari ramai khususnya kaum hawa.

Popular di Eropah dan UK, sekumpulan wanita menubuhkan pasukan mereka sendiri yang dipanggil 'Lion Angels Singapore'.

Mereka, malah sudah bertarung dalam pertandingan dengan pasukan dari seberang tambak.

Masalah berat badannya pernah menjadikan Cik Ruminah Sidek seorang yang murung.

Namun, sejak menggiatkan diri dalam sukan "walking football" Januari lalu, kehidupannya mula berubah.

BANTU TURUN BERAT BADAN SEBANYAK 25 KILOGRAM

Beliau kini selesa menaiki pengangkutan awam serta bergaul dengan orang ramai dan tidak lagi hanya berpakaian serba hitam.

Lebih mengagumkan, berat badannya juga susut sebanyak 25 kilogram.

Cik Ruminah (kiri) di sekitar sesi latihan bersama pasukannya.

Cik Ruminah (kiri) di sekitar sesi latihan bersama pasukannya.

Cik Ruminah berkata: "Sebenarnya saya masuk walking football ini untuk menjadi sihat. Kemudian untuk beri saya keyakinan diri yang lebih tinggi."

"Selalunya orang bermain bola sepak macam biasa. Jadi saya tidak perlu lari jadi bagi saya, ia bagus. Pada saya, kalau saya boleh lakukan, mungkin orang lain juga boleh buat. Ia sesuatu yang bagus untuk kesihatan kita," katanya.

SESUAI BAGI MENCEGAH KESAN SAMPINGAN TIDAK TERKAWAL

Semua anggota pasukan ini berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti.

Malah, ada di antara mereka juga merupakan bekas pesakit barah.

Justeru bagi kebanyakan mereka, senaman fizikal yang berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak terkawal.

Maka itu, sukan walking football ini lebih sesuai bagi mereka.

Pasukan ‘Lion Angels Singapore’ bersorak gembira di akhir perlawanan.

Pasukan ‘Lion Angels Singapore’ bersorak gembira di akhir perlawanan.

BERI PENEKANAN TERHADAP OTOT-OTOT TUBUH

Latihan diadakan di gelanggang futsal dua kali seminggu dengan penekanan terhadap menguatkan otot-otot tubuh dan penggunaan tenaga yang singkat.

Menurut Cik Deedee: "Bila mereka masuk, pergerakan mereka amatlah perlahan. Kadang-kadang mereka takut-takut jika terjatuh dan sebagainya. Tetapi sekarang mereka sudah lebih konfiden, lebih pantas, lebih cergas. Pada keseluruhannya, banyak perbezaan yang saya nampak."

Mantan pemain bolasepak terkenal England dan Manchester United, Paul Parker, turut hadir selaku pengadil jemputan pertandingan itu.

Mantan pemain bolasepak terkenal England dan Manchester United, Paul Parker, turut hadir selaku pengadil jemputan pertandingan itu.

Kekal sihat dengan aktiviti fizikal dan gaya hidup cergas - berbekalkan falsafah itu pasukan wanita ini mencatat prestasi membanggakan dalam pertandingan menentang pasukan kakitangan Universiti Malaya, hujung minggu lalu.

Persaingan sengit itu berakhir dengan seri 0-0.

(Gambar-gambar ihsan: Cik Adibah Mahmood)

Inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada projek penyelidikan tiga pihak - Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Malaya dan Universiti Edith Cowan Australia, bagi meninjau kesan senaman terhadap masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat Melayu.  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan