Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kegiatan sekolah di OBS disambung dengan penyesuaian COVID-19

Perubahan dilakukan pada kegiatan-kegiatan Pusat Bina Semangat Singapura (OBS) sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pengurusan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Mar 2021 11:08PM Dikemas Kini : 19 Mar 2021 11:21PM

SINGAPURA: Perubahan dilakukan pada kegiatan-kegiatan Pusat Bina Semangat Singapura (OBS) sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pengurusan selamat.

Ini setelah Program Cabaran MOE-OBS disambung semula sejak pertengahan bulan lalu. Sejauh ini, 15 sekolah sudah menyertainya.

Sejajar dengan langkah-langkah pengurusan selamat kegiatan OBS kini dijalankan selama dua hari dan para pelajar tidak perlu menginap di kem. Sebelum ini, mereka perlu tinggal di kem sepanjang tempoh lima hari.

Kegiatan-kegiatan di tempat tinggi pula digantikan dengan kegiatan di darat dan laut.

Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa semua kegiatan luar darjah melibatkan tempat tinggi digantung sehingga semakan selesai dilakukan.

Ia berikutan satu kejadian bulan lalu yang menyebabkan kematian seorang pelajar 15 tahun.

Pada Jumaat (19 Mac) Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong menyertai program itu bersama para pelajar.

Menurutnya, pengalaman belajar bersama membantu para pelajar mengembangkan ciri-ciri seperti daya tahan dan sikap ihsan yang penting di tengah-tengah keadaan pandemik ini. 

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan