Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kegiatan politik New Naratif dipercayai dibiayai entiti asing

Laman New Naratif “jelas mengandungi agenda politik” dan kegiatan politiknya di Singapore “kelihatan seperti dibiayai beberapa individu luar negara”, demikian menurut Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) dalam satu kenyataan media semalam (12 Apr)

Anggaran Waktu Membaca:
Kegiatan politik New Naratif dipercayai dibiayai entiti asing
Diterbitkan : 13 Apr 2018 11:05AM Dikemas Kini : 13 Apr 2018 11:37AM

SINGAPURA: Laman New Naratif “jelas mengandungi agenda politik” dan kegiatan politiknya di Singapore “kelihatan seperti dibiayai beberapa individu luar negara”, demikian menurut Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) dalam satu kenyataan media semalam (12 Apr).

Ia sebagai respons terhadap kenyataan New Naratif sebelum ini yang menyatakan bahawa dakwaan ACRA tentang pengaruh asing dalam lamannya ‘tidak berasas’.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, ACRA menarik perhatian bahawa kenyataan New Naratif mengesahkan bahawa ia menerima geran daripada Foundation Open Society Institute (FOSI) atau Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.

ACRA juga merujuk kepada kenyataan New Naratif bahawa ia menerima dana daripada “lebih 420 anggota dari 17 buah negara”.

“Ini bermakna, kegiatan politiknya di Singapura kelihatan seperti dibiayai beberapa individu luar negara – bukan saja entiti luar negara seperti OSF tetapi juga rakyat negara asing,” demikian menurut ACRA.

Ia selanjutnya menyatakan bahawa selain kegiatan online, New Naratif juga dipercayai menganjurkan perbincangan, bengkel dan acara-acara lain di Singapura seperti ‘kelas demokrasi’.

“New Naratif jelas mempunyai agenda politik dan bukan saja ‘platform bagi kewartawanan, penyelidikan, seni atau pembangunan masyarakat’,” menurut kenyataan ACRA itu lagi. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan