Images
  • jem mall at night
    (Gambar: JEM)

Kedai pakaian di Jem, kedai produk teknologi di Westgate antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

SINGAPURA: Kedai pakaian H&M dan Uniqlo di pusat beli-belah Jem serta kedai QCD Technology di pusat beli-belah Westgate di Jurong East, dimasukkan dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa tempoh mereka berjangkit.

Dalam kemas kini pada sebelah malam berhubung keadaan virus korona di Singapura pada Jumaat (30 Okt), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan kes-kes tersebut mengunjungi tempat berikut:

- Kedai H&M di pusat beli-belah Jem di Jurong East pada 16 Okt antara pukul 7.35 malam dengan 8.35 malam dan pada 28 Okt dari pukul 5.10 petang hingga 6.00 petang

- Kedai Uniqlo di pusat beli-belah Jem di Jurong East pada 16 Okt antara 8.30 malam dengan 9.45 malam

- Cawangan McDonald's di Hillion Mall di Bukit Panjang pada 17 Okt antara pukul 6.35 pagi hingga 7.40 pagi, pada 21 Okt antara pukul 6.40 pagi dengan 7.20 pagi

- Bangunan ICA pada 17 Okt antara pukul 7.55 pagi dengan 9.00 pagi

- BLS International - Indian Passport, Visa Application Centre, Singapore di International Plaza pada 21 Okt dari pukul 9.15 pagi hingga 10.15 pagi

- Mustafa Centre pada 24 Okt antara pukul 12.00 tengah hari dengan 1.35 tengah hari

- Cawangan McDonald's di City Square Mall pada 26 Okt antara pukul 2.35 petang dengan 3.20 petang

- Jetspeed Travel Pte Ltd di 3 Coleman Street pada 26 Okt antara pukul 4.55 petang dengan 7.00 malam

- QCD Technology di Westgate di Jurong East pada 28 Okt antara pukul 6.10 petang dengan 7.15 malam

MOH menyatakan ia sudah memaklumkan mereka yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat kes-kes yang disahkan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat-tempat tersebut semasa waktu tersebut harus memantau rapi kesihatan mereka sepanjang 14 hari dari tarikh kunjungan," tambahnya.

"Mereka juga harus segera berjumpa doktor jika mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkan kepada doktor sejarah pendedahan mereka kepada kes-kes yang dilaporkan."

- TODAY/HA/ha

Top