Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai kopi Nee Soon diingatkan periksa penutup besi setelah penduduk terjatuh dalam lubang

 Majlis Bandaran Nee Soon Town sudah mengingatkan semua kedai kopi di estet itu untuk memeriksa dan menyenggara penutup-penutup perangkap minyak mereka secara tetap, setelah seorang penduduk terjatuh ke dalam lubang akibat penutup besi yang rosak.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai kopi Nee Soon diingatkan periksa penutup besi setelah penduduk terjatuh dalam lubang

(Gambar: Colin Pereira)

Diterbitkan : 29 Dec 2020 11:51AM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 12:01PM

SINGAPURA: Majlis Bandaran Nee Soon Town sudah mengingatkan semua kedai kopi di estet itu untuk memeriksa dan menyenggara penutup-penutup perangkap minyak mereka secara tetap, setelah seorang penduduk terjatuh ke dalam lubang akibat penutup besi yang rosak.

Encik Colin Pereira, 57 tahun berkata bahawa beliau terjatuh ke dalam lubang sedalam 1 meter itu, di luar kedai kopi di Blok 732 Yishun Avenue 5 pada Ahad (27 Dis) pagi.

Ini berlaku selepas beliau pijak di atas penutup besi itu yang kemudian terperosok. Penutup besi itu menutup perangkap minyak, yang mengumpul minyak daripada air sisa kedai kopi itu.

Perangkap besi itu adalah "di bawah penyenggaraan pemilik kedai kopi itu", menurut majlis bandaran.

Encik Pereira, seorang pekerja penghantaran makanan sambilan, berkata bahawa beliau mengalami sakit belakang dan beberapa luka di bahagian lutut kanannya akibat terjatuh ke dalam lubang itu.

Mereka yang berjalan lalu bergegas menghulurkan bantuan kepadanya dan meletakkan kerusi-kerusi di sekeliling kawasan itu untuk mencegah orang lain daripada terjatuh ke dalam lubang itu.

Encik Pereira menelefon pihak polis. Sebuah ambulans turut tiba di tempat kejadian dan anggota paramedik membalut lututnya. Meskipun beliau memberitahu anggota paramedik bahawa beliau tidak ingin di bawa ke hospital, kesakitan yang dialaminya semakin teruk.

Lewat hari itu, beliau pergi ke Hospital Mount Elizabeth untuk rawatan. Beliau membayar sekitar S$600 untuk kos rawatan kerana perlu melakukan X-ray.

"Kali ini, ia berlaku pada diri saya tetapi saya lebih bimbang apa yang berlaku jika seorang kanak-kanak yang terjatuh," katanya.

Dalam jawapan kepada pertanyaan Mediacorp, Cik Pauline Kwa, jurucakap untuk Majlis Bandaran Nee Soon, berkata bahawa sebuah pasukan telah dikerahkan untuk mengepung kawasan itu dengan serta-merta selepas pihak majlis bandaran dimaklumkan mengenai hal tersebut oleh orang awam.

"Majlis bandaran sedang berhubung dengan kedai kopi itu untuk mempercepatkan kerja pembaikan dan memaklumkan HDB mengenai kejadian itu," menurutnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan