Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai kopi Blk 823A Tampines Street 81 terbakar; terdengar bunyi letupan kuat

Kebakaran tercetus di kedai kopi Blok 823A Tampines Street 81 pada petang Sabtu (7 Ogos), menjejas operasi kedai kopi berkenaan sedang para penjaja meninggalkan premis tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai kopi Blk 823A Tampines Street 81 terbakar; terdengar bunyi letupan kuat

Satu kebakaran tercetus di kedai kopi Blok 823A Tampines Street 81 pada petang Sabtu (7 Ogos). (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 07 Aug 2021 04:50PM Dikemas Kini : 07 Aug 2021 04:57PM

SINGAPURA: Kebakaran tercetus di kedai kopi Blok 823A Tampines Street 81 pada petang Sabtu (7 Ogos), menjejas operasi kedai kopi berkenaan sedang para penjaja meninggalkan premis tersebut.

Menurut kenyataan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), ia menjalankan operasi memadamkan kebakaran di lokasi tersebut pada sekitar 2.45 petang.

Para saksi memberitahu Mediacorp bahawa mereka terdengar beberapa bunyi letupan kuat pada sekitar 2.20 petang. Video yang dirakam oleh seorang pemilik gerai menunjukkan api berwarna jingga menyala di dalam kedai kopi berkenaan sedang letupan kuat turut kedengaran.

SCDF tiba pada sekitar 2.45 petang. (Gambar: Calvin Oh)

Video dan gambar-gambar lain di tempat kejadian menunjukkan kepulan asap kelabu gelap dari kedai kopi tersebut.

Apabila Mediacorp tiba di tempat kejadian, para pegawai polis sedang menyuraikan orang ramai daripada berkerumun dan menyuruh orang ramai bergerak ke belakang supaya mereka tidak menghidu asap kebakaran itu.

"TIDAK SEMPAT GULUNG POPIAH SAYA"

Seorang pembantu gerai di kedai kopi berkenaan berkata beliau sedang menggulung popiah apabila terdengar teriakan seorang lagi penjaja. Beliau ternampak seorang pegerai di kedai sup ikan berdekatan sedang mencuci pinggan mangkuk tanpa menyedari api kecil di belakangnya.

Apabila beliau ternampak api itu, beliau menuang air ke arahnya tetapi api itu merebak dengan pantas, dedah pembantu gerai itu.

Sebilangan penjaja cuba mendapatkan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran tersebut, tambahnya.

Orang ramai berkumpul berdekatan tempat kejadian. (Gambar: Calvin Oh)

"Saya tidak sempat pun untuk menggulung popiah saya," kata pembantu gerai itu, yang tidak mahu mendedahkan namanya.

"Saya juga tidak ada masa untuk mengambil duit saya. Sekarang saya tidak ada apa-apa, macam mana saya mahu pulang ke rumah?"

Seorang lagi pemilik gerai, yang tidak mahu mendedahkan namanya, memberitahu Mediacorp bahawa beliau sedang menyiapkan bahan-bahan untuk gerainya apabila mendapati berlaku kebakaran dan orang ramai melarikan diri daripada kedai kopi itu.

"Saya tidak kisah tentang benda-benda saya. Saya ternampak kebakaran itu lalu terus melarikan diri," kongsi beliau.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan