Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kedai kopi bekerjasama dengan pihak berkuasa cantikkan tandas

Para pengendali kedai kopi di Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencantikkan tandas masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2021 07:38PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 09:48PM

SINGAPURA: Para pengendali kedai kopi di Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencantikkan tandas masing-masing.

Ia merupakan sebahagian daya usaha Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk menggalakkan orang ramai sama-sama menjaga tanda-tandas awam.

Sebanyak 10 tandas di kedai-kedai kopi di sini kini ada poster dan pelekat yang memberikan nafas baru.

Lebih 200 tandas kedai kopi dan pusat penjaja juga bakal mejalani pembaharuan.

Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor melawat salah satu tandas awam yang dihiasi hari ini.

Terdapat poster-poster kempen yang menggalakkan kebersihan dan mengingatkan orang ramai agar bekerjasama ke arah matlamat tersebut.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan